Pandai Berbahasa

November 25, 2008 at 6:43 am Leave a comment

Ada beberapa pengalaman menarik kawan-kawan dan saya sendiri yang ingin dikongsi. Ia ada kaitan dengan bahasa. Walaupun ia sekadar secebis daripada perjalanan hidup, namun ia mampu buat saya terfikir bahawa orang sekeliling mampu mempengeruhi kita soal berbahasa.

Situasi Satu.

Seorang pelajar sedang membuat kerja rumah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana tidak faham, dia lantas bertanya kepada bapanya, “abah, apa maksud harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama?”

Si bapa termenung lama sebelum menjawab, “entah. Jom kita ke kedai beli buku untuk buat kerja rumah ni.”

Situasi Dua.

Satu pagi saya didatangi seorang rakan pejabat. “Baru aku tahu apa maksud hanya jauhari mengenal manikam.” Pada mulanya hairan kenapa dia bercakap soal peribahasa tersebut. Saya lantas teringat saya pernah bercerita kepadanya tentang novel Manikam Kalbu, karangan Faisal Tehrani.

“Selama ini engkau tak tahu?”

“Tak tahu. Aku tanya kakak aku semalam,” katanya,”jauhari maksudnya tukang atau saudagar permata dan manikam adalah sejenis permata.” Saya tersenyum sahaja dengan ceritanya.

Situasi Tiga.

Suatu hari saya sedang menonton filem Pasrah di televisyen bersama keluarga. Tiba-tiba abah saya bersuara, “tahu apa maksud pasrah?” Tanpa menunggu jawapan saya, abah menerangkan, “ia bermaksud selepas kita berusaha dan tidak mampu menyelesaikannya, kita berserah kepada Allah atau menerima sahaja seadanya.”

Saya terlopong. Bukan sebab tidak tahu maksud pasrah, tetapi bagaimana abah saya yang tidak sekolah tinggi tahu maksudnya. Masya Allah.

Kesimpulan.

Bahasa sangat penting dalam kehidupan. Ia membawa budaya, ilmu malah agama. Oleh itu cintailah Bahasa Melayu kerana dengan pandai berbahasa kita mampu maju.

Yahamim: Budi bahasa budaya kita.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Saya Mempunyai Sifu. Kawan Bukan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: