Kau Bukannya Pakar

November 20, 2008 at 12:02 am 2 comments

Siapakah antara kita setelah hidup lebih daripada 20 tahun sanggup untuk kembali mempelajari dan memahami perkara asas? Apatah lagi kita menganggap sudah cukup tahu mengenainya. Mudah kata budak tadika pun tahu. Jangan sombong dulu, kita bukannya pakar.

Beberapa bulan kebelakangan ini saya telah mengikuti kelas Bahasa Inggeris. Kalau saya cerita dengan kawan-kawan mesti saya kena gelak. Tetapi saya manusia biasa. Saya bukannya pakar. Hikmahnya, saya telah mempelajari satu prinsip hidup yang sangat berguna. Kembali kepada asas!

Pada permulaan kursus/kelas, kami diajar untuk membuat ayat. Belajar semula apa itu kata kerja dan kata nama. Berbulan-bulan lamanya.  Mula-mula rasa keanak-anakan pun ada. Tetapi saya tidak cepat melatah, saya yakin mesti cikgu ada sebab yang kukuh. Kawan-kawan ramai yang sudah marah-marah.

“Aku dah belajar BI sejak sekolah rendah lagi. Dalam kelas ni aku terpaksa rendahkan tahap BI aku.” Wah, sombong betul.

“Aku sebut ini salah, aku sebut itu salah.” Rungut yang lain apabila sebutan Inggerisnya asyik ditegur.

“Aku bukan nak belajar menulis, tetapi nak belajar bercakap.” Macam-macam lagilah rungutan.

Namun tanpa disedari asas BI kami semakin kukuh. Sekarang sudah semakin yakin dan jelas bila nak guna present tense, past tense, nak letak “s” atau tidak dan lain-lain lagi. Nak buat karangan pun dah tak ragu lagi. Right now, I can’t say that my English is good but it’s much better.

Beberapa prinsip penting yang guru kami tekankan.

  1. Don’t ask microsoft word to check your grammar. Check on your own.
  2. Write simple and single clause sentences.
  3. Every sentence must have verb(s).
  4. Avoid foggy words.
  5. Talk to your mirror. Make sure you sound correctly.

Apabila direnung-renung dan difikir-fikir, itulah petua Puan Ainon memacu kejayaan PTS, syarikat penerbit yang sangat berjaya. Ilmu mesti terus sampai kepada pembaca melalui bahasa yang tidak berbelit-belit. Semua orang boleh faham apabila membaca buku PTS walaupun tidak berpelajaran tinggi.

Kebanyakan kita gemar memikirkan sesuatu yang kompleks apabila menulis. Umpamanya di tangan ada batu. Kita berguling-guling di tanah dahulu (tanpa sebab) baru batu itu dibaling. Ayat yang berjela-jela sehingga 3 baris sebenarnya boleh ditulis sebaris sahaja. Malah jauh lebih memberi kesan.

Saya bercerita dalam konteks bahasa dan penulisan. Prinsipnya sama sahaja dalam bidang lain. Kita terlalu mengejar tahap pakar tetapi perkara asas langsung terabai. Mulai hari ini ambil masa sedikit dan fikir dalam-dalam. Dah puas kita berusaha tetapi hasilnya masih tak nampak. Malah bayang pun tiada. Pakar, jauh sekali. Maka susun kembali strategi kita, kembali kepada asas. Apabila asas kukuh barulah kita yakin dengan apa yang dibuat. Wallahualam.

Yahamim: Lulus perkara asas fardhu ain.

Entry filed under: Mata Hati. Tags: .

Kahwin muda Maklumbalas Sudah Diperolehi

2 Comments Add your own

  • 1. Ridwanto  |  November 20, 2008 at 12:57 am

    kemahiran berbahasa aku sangat lemah. Terutama bahasa Inggeris. Mungkin kau boleh tolong ajar aku ? (Tunjuk ajar ku Sifu)

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  November 20, 2008 at 1:49 am

    Aku suka ulangkaji koleksi soalan BI (SPM). Cuba kau beli dan buat semua soalan tu dengan jujur. Aku rasa banyak yang kau boleh belajar. Kalau tak faham cuba rujuk kamus, buku tatabahasa atau orang lain. Peringkat SPM boleh dikatakan asas pengukuhan BI dan tidak terlalu rendah untuk kita.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: