Sambutlah Salamku

November 12, 2008 at 12:16 am 1 comment

Salam Semut

“Assalamualaikum, apa khabar hari ini?” itu antara soalan lazim yang saya tanyakan apabila berjumpa kawan sepejabat pada waktu pagi sambil bersalaman erat dengannya.

“Tak berapa sihat. Semalam dapat MC tapi hari dah sihat sikit.”

“Sihat tapi kereta yang tak sihat, kena naik LRT.”

“Sihat macambiasa.” Itu adalah antara jawapan mereka.

Kita berjumpa dengan orang setiap hari, rakan sekerja, pengawal bangunan, penjual makanan, penumpang pengangkutan awam dan ramai lagi. Apa reaksi kita apabila bertemu dengan mereka? Bertegur sapa? Tersenyum sambil mengangkat tangan? Sekadar menjeling atau buat tak nampak?

Apa kata mulai hari ini kita ubah sedikit cara kita melihat orang. Kita perlu melihat orang lain apatah lagi orang Islam sebagai saudara (memang orang Islam bersaudara). Mulakan dengan senyuman kepada orang yang kita selalu jumpa tetapi tetapi tidak dikenali seperti tukang cuci, pengawal bangunan dan pekerja dari aras lain yang sebangunan dengan kita.

Kepada orang yang dikenali pula kita bertegur sapa dan lebih elok hulurkan salam. Pastikan salaman kita cukup erat dan lama untuk menyatakan penghargaan kita kepadanya secara bukan lisan. Kepada kenalan rapat  boleh juga kalau ingin mencuba “salam semut” atau “salam arab”. Mungkin ini bukan kelaziman di Malaysia, buatlah mengikut keselesaan.

Ini demi memupuk semangat persaudaraan dan mengikis perasaan pentingkan diri sendiri. Bangsa yang kuat ikatan perasaannya pasti tidak mudah dipecah-belahkan. Daripada ikatan inilah kekuatan dapat dibina seterusnya membina kejayaan bangsa secara keseluruhannya.

Yahamim: Kaki semut-semut sebab banyak duduk.

Tempayan

“Silakan masuk encik. Kedai kami menjual pasu dan tempayan yang terbaik. Semua jenis ada,” seorang pekerja mengalu-alukan pelanggan ke kedainya.

“Tempayan apa yang ada di sini?” pelanggan mula tertarik.

“Bermula daripada untuk kegunaan harian sehinggalah untuk hiasan,” si pekerja cuba memancing. 

“Tempayan apa yang paling eksklusif yang paling diminati?” si pelanggan semakin berminat.

“Pelanggan suka yang eksotik seperti dari bali dan tanah jawa,” bangga dia menerangkan.

“Tempayan tu mesti mahal harganya. Penutupnya ada tak?”

“Kenapa encik?” pekerja itu kehairanan.

“Bukannya apa, benda mahal kalau tiada tertutup mengangalah ia.”

“Macam mulut orang ye?” tanya si pekerja kebodohan.

“Betul, silap-silap tempayan tu menakung air dan membiakkan nyamuk aedes. Habis semua orang dapat mudarat.”

“Ooo.”

Yahamim: Hati-hati dengan mulut tempayan.

Entry filed under: Santai. Tags: .

Kecil Tetapi Permata Kahwin muda

1 Comment Add your own

  • 1. isfiya  |  November 14, 2008 at 7:06 am

    Waalaikumsalam

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: