Kecil Tetapi Permata

November 8, 2008 at 5:18 am 9 comments

Badanku Berpeluh

Sejak beberapa ketika kebelakangan ini saya sudah menyedari ada kelainan pada “clutch” motor saya. Agak payah untuk saya menukar gear terutamanya daripada gear tinggi ke gear rendah. Menunggang motorsikal di KL yang banyak kereta menyulitkan lagi keadaan saya. Jalan yang lapang boleh tiba-tiba sesak dan pasti tangan kiri saya yang lenguh menarik clutch yang payah untuk dikendalikan. Akhirnya, petang Khamis selepas waktu bekerja tali clutch saya putus di persimpangan lampu isyarat. Saya buntu kerana bengkel motorsikal jauh dari situ.

“Kenapa dengan motor? Minyak habis ke?” setelah hampir 1km menolak dan baju dibasahi peluh, saya ditegur seorang penunggang motorsikal. Saya menunjukkan pada clutch, “Tali kelas putus.” Saya cepat-cepat menolak apabila dia menawarkan bantuan untuk menolong. Tidak sampai 100m saya menyambung menyorong motorsikal, seorang lagi penunggang berhenti dan soalan yang sama berulang. Saya jujur menjawab. Saya terima tawaran pertolongan oleh penunggang tersebut. Badan saya dah penat dan berpeluh menolak motorsikal sekian jauh. Tak kuasa nak jual mahal lagi!

Sebenarnya belum habis orang baik dan suka menolong di KL ini. Biarpun tidak mengeluarkan walau sesen pun dia dapat mengeluarkan saya daripada belenggu masalah. Terima kasih atas bantuan ikhlas saudara.

Tips apabila clutch motor putus atau rosak.

  • Hidupkan motor seperti biasa.
  • Pilih kawasan yang menuruni bukit dan masukkan gear apabila mencapai kelajuan yang sesuai. Pilihan lain, minta bantuan orang lain untuk menolak motorsikal anda sebelum memasukkan gear.
  • Gear boleh ditukar apabila motorsikal sedang bergerak tanpa masalah.
  • Jangan menunggang dengan terlalu perlahan kerana khuatir motorsikal akan mati.
  • Pergi ke bengkel berdekatan untuk membaiki clutch tersebut.

Yahamim: Masa belajar dulu selalu sorong motor kerana habis minyak.

Keberkatan Makanan

“Hamim kalau makan memang macam tu,” demikian ulas seorang sahabat melihat pinggan saya licin setiap kali selepas makan. Kadangkala sinis kedengaran di telinga saya. Namun saya tidak peduli. Saya mencari keberkatan pada makanan dan saya tidak tahu di mana keberkatan tersebut. Mungkin pada sisa terakhir! Sahabat saya itu memang lazim makanan tidak habis. Malahan selalu saya yang tanpa segan menghabiskan untuknya.

Sejak kecil saya melihat  emak tidak pernah membazirkan makanan. Lauk-pauk yang berlebihan tidak akan dibuang selagi tidak basi. Makanan tersebut hanya perlu dipanaskan dan ternyata tetap lazat. Jalan terakhir adalah diubah cara masakan tersebut. Kalau asalnya baki makanan tersebut dimasak kicap, emak akan tukar kepada kari atau sambal.

Malahan saya ada seorang kawan di tempat kerja yang jarang meninggalkan makanannya bersisa. Hatta habuk/serdak kerepek pun dimakannya seperti makan nasi. Masya Allah, betapa dia menghargai makanan.

Makanan adalah rezeki daripada Allah dan kita tidak tahu betapa banyak keringat yang menitis ke bumi untuk rezeki tersebut sampai ke mulut kita. Alhamdulillah berkat menghargai makanan tersebut, emak dan abah dikurniakan anak-anak yang berjaya.

“Kalau anak-anak balik, tak pernah dimasakkan yang sedap-sedap di rumah,” itu yang abah selalu cakap apabila anak-anak balik bercuti (belajar/kerja). Saya diam je. Dalam hati ini saya melaungkan bahawa kami tidak pernah tidak cukup makan. Yang abah kata tak sedap (sebenarnya sangat menyelerakan dan berkat) itulah yang membesarkan kami yang membawa kami ke tangga kejayaan. Ambil iktibar daripada penulisan Saifulislam yang bertajuk “Pada Yang Kecil Itu Ada Barakah” .

Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah.”

Yahamim: Masih kuat makan.

Entry filed under: Santai. Tags: .

Paradigma Sambutlah Salamku

9 Comments Add your own

  • 1. CypherHackz  |  November 9, 2008 at 2:40 am

    Owh…even clutch rosak, still lagi boleh hidupkan enjin moto rupa2nya. Baru tahu…

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  November 9, 2008 at 11:20 pm

    Tapi kena terus betulkan, jika tidak ia akan merosakkan gear.

    Reply
  • 3. khairol  |  November 10, 2008 at 2:26 am

    tak sempat merasa clutch rosak pun..motor 125 aku kena curi lepas 2 bulan pakai masa kat U dulu..huhu..

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  November 10, 2008 at 6:29 am

    Aku simpati. Ada kawan mengadu rasa macam nak tukar RXZ ke scooter je sebab penat main clutch, maklum la jalan KL sesak. Betul juga. Orang cakap motor kami laju tetapi kamilah motor paling lambat kalau jalan jam. Jalan lapang, tak de masalah.

    Reply
  • 5. muhammadridwanto  |  November 11, 2008 at 12:49 am

    Sabarlah Hamim. Kan tengah kumpul duit untuk kawen …

    Reply
  • 6. aimanMH  |  November 11, 2008 at 8:44 am

    btul ke hamim nk kawin?….alalalalal,…..Tahniah le…heheheh….en.hamim awal2 dah tempah bidadari kan…makan sehingga licin, yg last tu dpt bidadari…org tue kata….hehe

    Reply
  • 7. hamimnasoha  |  November 11, 2008 at 11:38 pm

    Maaf, ini dah terkeluar daripada tajuk.

    Reply
  • 8. aimanMH  |  November 18, 2008 at 12:34 am

    no komen ye en.hamim…amboi mcm artis2 plak ye…hehhe…apa salahnya kalau terkeluar tajuk pun…kan blog yang ni umujm…heheheh…betul x en.wanto?

    Reply
  • 9. hamimnasoha  |  November 18, 2008 at 4:57 am

    Oleh kerana aimanMH dan Ridwanto galak sangat cerita pasal kahwin, saya dah sediakan ruang dalam entry “Kahwin Muda”. Curahkan puas-puas dalam tu. Kongsi benda baik dengan semua. Gosip-gosip ni buruk la orang baca. Betul tak? Huhu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: