Paradigma

November 3, 2008 at 12:27 am 1 comment

Pili Tak Berair

Saya telah mendiami rumah yang saya sewa sekarang selama 6 bulan. Selama itulah saya mandi tidak menggunakan pancuran air tetapi menakung air di baldi sebelum mandi. Sejak dari awal lagi pancuran air itu tidak berfungsi yang saya tidak tahu sebabnya. Pili yang lain berfungsi tanpa masalah. Saya terima dengan redha kerana saya masih ada usaha lain. Tidak pernah terfikir pula hendak menghubungi tuan rumah atau tukang paip untuk membaikinya. Tiga minggu lalu ahli dalam rumah saya bertambah. Dia pun mengikut cara saya mandi tanpa bertanya atau mencuba membuka pancuran air tersebut. Semalam baru saya sedar sebenarnya pancuran air itu tiada masalah apa-apa dan boleh berfungsi dengan baik.

Dalam ilmu psikologi ada disebutkan tentang paradigma. Dalam komik detektif pula saya sering terjumpa perkataam perangkap psikologi. Kadang-kadang dalam hidup kita, sejarah dan orang lain telah menanam paradigma dalam diri kita. Tidak kita tidak bertanya kenapa dan apa. Saya kira perlu untuk kita bertanya kepada diri kita dan bertanya kenapa kita buat begini, kenapa kita berfikiran begini. Bukan untuk mempertikaikan nilai yang telah diserap tetapi kita akan lebih memahami siapa diri kita sendiri. Untung-untung kita sedar jika ada yang tidak kena dengan paradigma kita, dengan itu bolehlah kita berubah.

Yahamim: Sekarang mandi menggunakan pancuran air, seronok sekali.

Siapa Lebih Bahagia?

Kisah ini berlaku dalam perjalanan saya ke tempat kerja pagi tadi. Ketika berhenti di lampu isyarat, saya perasan yang kerata di sebelah saya terbuka tangki petrolnya. Pemandunya berbangsa Cina lingkungan akhir 30-an dan berkereta mewah. Saya mengetuk cermin keretanya dan memberitahunya. Dia mengucapkan terima kasih dan apabila lampu isyarat bertukar hijau, saya pun jalan. Perasaan gembira entah dari mana menderu hebat ke dalam diri. Saya rasa bahagia sekali, perasaan pemandu tersebut saya tidak tahulah.

Saya serta-merta teringat semasa kursus ESQ, kami telah diberitahu bahawa dalam diri manusia telah dikurniakan sedikit sifat-sifat Allah iaitu yang terkandung dalam Asmaul Husna. Otak dan hati kita akan terangsang apabila kita membuat kebaikan/kebajikan. Percaya atau tidak orang yang menolong akan merasa lebih bahagia daripada orang yang ditolong. Dr. Fadzilah Kamsah juga pernah menyatakan kita akan tertarik dengan orang yang pernah kita tolong, orang yang ditolong apatah lagi.

Yahamim: Ramai kawan yang suka menolong.

Penulis Akan Berjasa

Sering saya membaca dalam banyak buku, seseorang itu akan benar-benar berjasa jika menulis. Hasil penulisan akan terus dibaca walaupun dia tiada lagi di dunia. Ilmu juga akan lebih berkat jika dikongsi dan diajarkan kepada orang lain. Itulah yang sedang saya usahakan sekarang, menulis untuk manfaat semua orang. Walau setakat blog yang tidaklah menerima kunjungan sehebat penulis blog terkenal lain namun saya puas kerana menjadi sebahagian daripada orang yang berbakti. Saya pernah nyatakan sebelum ini ingin menjadi penulis besar suatu hati nanti. Hasrat itu masih kukuh dalam hati dan doakan saya mampu mencapai cita-cita itu.

Yahamim: Teringat menulis karangan dengan pen semasa zaman sekolah. Sekarang menaip sahaja. 

Entry filed under: Santai. Tags: .

Mahar Cinta Kecil Tetapi Permata

1 Comment Add your own

  • 1. C@h@Y@  |  November 5, 2008 at 2:19 am

    Hidup ini sentiasa berubah sesuai dengan paradigma diri yang dibawa.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: