Pesona Baru

October 24, 2008 at 12:38 am 4 comments

Blog Baru

Saya masih dalam keseronokan kerana telah ada blog baru (klik untuk melawat blog). Beri saja sedikit masa untuk membangunkan blog tersebut. Domain yang saya guna masih terlalu baru dan mereka masih dalam usaha untuk menyempurnakannya. Selain itu saya perlu berusaha kuat untuk membezakan antara blog ini dan blog tersebut. Secara kasar saya boleh gariskan dua perkara:

  1. Blog ini akan lebih kepada cerita peribadi manakala blog tersebut lebih ilmiah pengisiannya.
  2. Blog tersebut akan fokus kepada sesuatu topik secara mingguan atau dwimingguan. Sebagai contoh sekarang saya sedang menumpukan tentang aurat dan pakaian, maka penulisan selama seminggu ini semuanya berkenaan perkara tersebut.

Saya sangat mengharapkan sokongan semua pelawat untuk memberi pandangan dan cadangan.

Yahamim: Minat menulis dan memberi pandangan.

Kerja Baru

Terdiam saya apabila mendapat khabar dua orang sahabat saya mendapat tawaran berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mereka dipilih oleh JPA kerana kecemerlangan akademik dan melalui proses yang lebih singkat dalam sesi pemilihan. Bertuah badan. Tahniah dan takziah! Tahniah kerana mendapat kerja yang bagus dan takziah kerana dunia pekerjaan anda sangat mencabar dugaannya. Ada juga sahabat yang melepaskan jawatan Tutor di UiTM dan berpindah ke industri kerana sebab yang cukup munasabah bagi beliau. Ramai juga yang masih ternanti-nanti tawaran yang sepadan dengan kelulusan yang dimilikinya. Nasihat saya teruskan bersabar dan jangan kenal putus asa. Kepada yang sudah selesa dengan jawatan sekarang, bekerja bersungguh-sungguh.

Yahamim: Suka dengan kerja sekarang tetapi terus meneroka potensi diri.

Ahli Keluarga Baru

Tahniah kepada rakan seperjuangan JKM KTC (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor), Norhaida Abdullah yang baru menimang cahaya mata perempuan. Saya pasti beliau dan suami dilanda kegembiraan dan kesyukuran yang penuh di dada atas rezeki tersebut. Pertanyaan kepada Ridwanto, bila nak tambah ahli keluarga? Selain itu saya pasti ramai sahabat yang menunggu masa untuk melayangkan jemputan walimah. Masing-masing kuat menyimpan rahsia. Keadaannya umpama empangan air yang menampung jumlah air yang banyak, menunggu masa untuk pecah. Sampai masa semuanya akan terungkap.

Yahamim: Masih mencari jawapan apa rasanya apabila sudah bertunang dan berkahwin.

Entry filed under: Santai. Tags: .

Blog Baharu Majalah Dalam Blog

4 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  October 28, 2008 at 3:04 am

    InsyA Allah, tahun depan…

    Reply
  • 2. aimanMH  |  October 28, 2008 at 7:27 am

    alhamdulillah…bertambah lg sorang umat islam…amin…en.hamim nk tahu rasa la ye….insyallah jawapan ade…yang penting kita berusaha ke arah itu….diam x diam dah lama blog en.fadh tu sunyi, en.hamim tahu ke mane die pergi, kot2 la cuti honoymoon ke…hahaha…en.hamim bila lg, klu dh ade calon tu percepatkanlah…kitorg nk merasa nasi minyak en.hamim plak…

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  October 28, 2008 at 9:06 am

    Mungkin saya dalam kumpulan yang menjaga empangan daripada pecah. Haa jaga-jaga jangan sampai air empangan dah pecah dan surut baru aiman perasan. Fadh tak ke mana-mana cuma di pejabatnya tak boleh buka blog sewenang-wenangnya.

    Reply
  • 4. irhafiz  |  October 29, 2008 at 9:10 am

    Tahniah pada semua yang dah kahwin.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: