Tabung Azan

October 13, 2008 at 1:48 am 5 comments

Apa? Tabung Azan telah dilancarkan untuk memperjuangkan kebebasan melaungkan azan di masjid dan surau di negara ini.

Kenapa?

  • Akan digunakan untuk membantu mana-mana masjid dan surau membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.
  • Akan digunakan untuk membantu program melahirkan muazin muda yang dilihat boleh menjadi pelapis kepada golongan berumur di masjid dan surau.

Siapa? Dilancarkan oleh UMNO Bahagian Cheras dan akhbar Utusan Malaysia. 

Bila? 12 Oktober 2008

Tokoh? Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

  • “Kita wujudkan tabung untuk turut membantu Utusan Malaysia yang disaman Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok RM30 juta baru-baru ini.”
  • “Buat permulaan, kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan korporat.”
  • “Ini pendekatan yang dibuat untuk membantu akhbar orang Melayu. Semua pihak seharusnya tidak mempertikaikan, malah menghormati perbezaan agama masing-masing.”
  • “Kita terpanggil apabila timbul isu ini. Tindakan Teresa yang mengambil tindakan kepada Utusan Malaysia sama seperti dia menyaman agama Islam.”

Bagaimana?

  • UMNO Cheras menjadi badan induk kutipan. Tabung ini akan dijaga selama sebulan sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih untuk mengendalikan kutipan yang dijangka berakhir tahun ini.
  • Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank Maybank : 512183116324 atas nama Yayasan Pendidikan Cheras. Selepas anda membuat pembayaran sila faks atau emelkan bukti pembayaran kepada no dan alamt emel ini (dimaklumkan oleh Emme).Faks : 03-92051177 atau 03-92873303

    Emel : webmaster@ypc.com.my

    Telefon : 03-92877371 atau 03-92849603

    Web: Yayasan Pendidikan Cheras-Pendidikan Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang

Tambahan

  • Sumbangan pertama yang diterima berjumlah RM20,000 daripada UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC). Selain itu, tabung tersebut turut mendapat sumbangan sebanyak RM12,000 daripada individu-individu yang menjadikan keseluruhannya berjumlah RM32,000.
  • UMNO Bahagian Seputeh turut dicadangkan untuk mengambil tindakan segera kepada Teresa selepas UMNO Cheras memulakan kempen tabung Azan tersebut.
  • Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussein Alhabshee mencadangkan penubuhan Tabung Menyelamat Utusan dan menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bersatu untuk mempertahankan syarikat Utusan Melayu dengan memberi sokongan kepada tabung itu.
  • Menurut Syed Hussein, akhbar Utusan Malaysia merupakan satu-satunya wadah orang Melayu yang telah terbukti membela dan mempertahankan kaum itu sejak dahulu hingga kini.

Imbas Kembali

  • 9 Oktober 08, Teresa memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.
  • Teresa mendakwa artikel bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya” dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat selain memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Sumber: www.utusan.com.my

Entry filed under: Petikan Berita. Tags: .

Cerita Selepas Raya Blog Baharu

5 Comments Add your own

  • 1. emme  |  October 13, 2008 at 5:46 am

    kita wajib tolong.

    Reply
  • 2. nini  |  October 13, 2008 at 1:12 pm

    kita wajid tolong,kesian lah reporter ni,kalau kita tak tolong dia,sapa lagi nak tolong dia.

    Reply
  • 3. kakiku  |  October 13, 2008 at 1:28 pm

    bantu lah ugama kita, ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
    DERMALAH UNTUK TABUNG AZAN INI!!!!

    Reply
  • 4. BILAL66  |  October 13, 2008 at 1:30 pm

    kita kena tunjukkan kekuatan orang islam….jangan malu kan BANGSA DAN UGAMA.

    Reply
  • 5. nini  |  October 13, 2008 at 1:41 pm

    kita kena tunjuk agama kita kuat,allahhuakbar

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: