Sesuci Lebaran

September 26, 2008 at 7:13 am 2 comments

Zakat Fitrah

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah bernila RM 5.20 yang wajib atas saya tahun ini kerana Allah.”

Alhamdulillah, tahun ini saya sudah mencapai tahap mampu untuk membayar zakat sendiri (mempunyai pendapatan sendiri). Seumur hidup saya, zakat fitrah dibayar oleh abah kerana saya masih berada di bawah tanggungannya. Azam saya sejak kecil, iaitu tergolong dalam orang yang mampu membayar zakat tercapai. Secara formal, subjek zakat saya belajar pada darjah 4 atau 5 di sekolah agama (Johor). Saya masih ingat pesanan mereka (Cikgu Rohana dan Cikgu Ibrahim), orang Islam mesti berazam untuk mencapai tahap mampu membayar zakat. Tidak kira zakat harta, pendapatan apatah lagi zakat fitrah.

Daripada Ibnu Abas katanya, “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) orang yang berpuasa dan memberi makan orang miskin. bagi mereka yang menunaikan sebelum solat (hari raya), maka zakatnya itu diterima dan bagi mereka yang menunaikan sesudahnya, maka zakatnya itu dikira sebagai sedekah biasa.” Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah.

Mudah-mudah puasa sebulan dan zakat fitrah mampu menyucikan diri dan harta saya dan lahir pada Syawal sebagaimana fitrah dan sesuci lebaran.

Ucapan Raya

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua, mak abah dan keluarga. Kepada semua yang pernah terlibat dalam “mendidik” Hamim Bin Nasoha tidak kira berpangkat ibu, bapa, guru, rakan, masyarakat, orang kenamaan malah orang biasa sekalipun. Terima kasih atas didikan. Moga Syawal ini mampu memberi makna yang istimewa buat semua. Maaf zahir batin atas kesilapan dan saya sedia memaafkan orang lain.

Sesuci Lebaran

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

Entry filed under: Santai. Tags: .

Nuzul Al-Quran Cerita Selepas Raya

2 Comments Add your own

  • 1. C@h@Y@  |  October 7, 2008 at 10:17 am

    Saya suka dengan azam orang Islam “Kita bekerja sehingga mampu membayar zakat”, dan “Kita bekerja sehingga mampu melaksanakan ibadah korban”.

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    Reply
  • 2. aimanMH  |  October 8, 2008 at 1:58 am

    btul…btul…btul….ala…zakat yang kite bayar ni pun braper persen la sgt dari pendapatan kita….perlu igt juga bagi yg dh keje…jgn lupa byr zakat pendapatan…semoga pendapatan kita lebih berkat…bila dah berkat…gaji kecik pun terasa cukup…insyallah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: