Corat-coret (Tapi Penting!)

September 8, 2008 at 3:30 am 11 comments

Merdeka (Tidak Terlewatkah?)

  • Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini saya hilang minat untuk bercakap soal kemerdekaan. Bukannya apa, soal kemerdekaan selalunya diberi peluang kepada orang yang salah untuk bercakap.
  • Pemimpin-kebanyakannya bercakap dari sudut yang cetek. Kata negara kita bebas dan merdeka tetapi soal rasuah, gejala sosial dan lain-lain masih berleluasa.
  • Saya paling takut bila ditanya soal kemerdekaan, saya tak tau macam mana nak jawab!
  • Di television apabila ditayangkan jawapan orang yang ditanya apa erti kemerdekaan, semuanya memberi jawapan yang cukup sempurna. Yang buat saya tergelak besar “..merdeka dengan acuan sendiri, merdeka pemikiran..” dan jawapan hebat yang lain.
  • Sayang seribu kali sayang orang yang memberi jawapan tu rambutnya terdedah (perempuan), ada yang perang lagi. Bersubang dan berantai bagi yang lelaki. Ramai juga yang sibuk tarik baju yang sememangnya sendat. Ish..ish..ish.
  • Takut nak cakap lagi, di sini saya sertakan rencana yang saya dapat melalui email. Bacalah, mudah-mudahan kita mendapat rahmat.

“Nauzubillah. Tolong sebarkan kawan2 ku…..Pesan Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz. Seperti yang kita ketahui negara kite ada banyak tugu. Antara yang terkenal adalah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut (Langkawi), di Sunway Pyramid dan sebagainya. Tahukah kawan-kawan bahawa pada tahun 1993, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa “Segala tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.”

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan. Ini bermakna tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang, pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu. Setelah berbincang, Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu. Pihak atasan sebaliknya telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja. Tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil.

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu-tugu ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, ” Bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik, maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu.” Kata beliau lagi, “Walaupun kita tidak pergi ke tugu-tugu tersebut tetapi jika kita ‘redha’ atau tidak melakukan apa-apa atau berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik.” 

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa  syirik ini ialah nama negeri Perlis iaitu Perlis Indera Kayangan. “Menurut kamus dewan, indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan-tuhan bersemayam. Maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.” Menurut beliau, nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik. Kini Perlis dikenali dengan Perlis Darul Sunnah.

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara. Tahukah kawan-kawan bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana-mana undang-undang akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang-undang yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan. Ini termasuklah undang-undang hudud, iaitu undang-undang yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya dosa syirik boleh diakibatkan oleh

  1. Mempertahankan perlembagaan serta undang-undang ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang-undang ciptaan Allah iaitu hudud dll.
  2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
  3. Mereka yang berdiam diri. 
  4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM) 

Tambahn: Tolong sebarkan perkara ini kepada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah 1) AL-IMAN, 2) AL-WASAYA, 3) AL-TAJASU 4) DANAL-MUSLIMOON.

Jangan sesekali layari laman web  <http://www.thequran.com/> (Father Zakaria) kerana 
segala isinya adalah palsu. Sebarkan kepada umat Islam seramai yang mungkin!”

Yahamim: Masih belajar mendalami erti kemerdekaan.

Ramadhan Al-Mubarak

  • Tahun ini adalah kali pertama saya berpuasa di KL. Alhamdulillah suatu pengalaman yang berbeza tetapi menggembirakan.
  • Bagi bujang seperti saya berbuka di masjid lebih mudah. Hampir setiap hari bertukar tempat untuk berbuka. Bukannya apa perlukan kepelbagaian. Bersahur pula ala kadar sahaja.
  • Dengan berbuka di masjid, saya betul-betul merasakan orang Islam saling memberi perlindungan dan membantu. Masing-masing sangat pemurah untuk memastikan hidangan berbuka adalah berkhasiat dan lazat.
  • Pelbagai ragam boleh dilihat. Beratur panjang orang tunggu giliran mengambil makanan. Alhamdulillah penuh saf ketika solah maghrib. Tapi sayang ada yang sudah sibuk beratur sedangkan jemaah lain sedang bersolat meghrib. Yang solat pula sayang usai solat berebut-rebut mengambil makanan hingga saling menolak jemaah lain.
  • Ada masjid lain pula kurang meriah dari segi bilangan orang yang berbuka. Tapi apabila tiba waktu Isyak dan terawih penuh manusia hingga tempat letak kenderaan pun tak cukup.
  • Pesanan kepada umat Islam, ambil peluang Ramadhan ini untuk perbaiki diri dan tingkatkan amalan. Perbanyakkan baca Al-Quran dan amalan lain. Mudah-mudahan ini puasa terbaik kita selama hayat kita. Insya Allah.

Yahamim: Tak berebut ambil makanan. Allah dah tetapkan rezeki setiap orang.

Entry filed under: Coretan Dari Hati. Tags: .

Rubik’s Cube Puzzle Harapan Ramadhan

11 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  September 8, 2008 at 9:29 am

    Perlembagaan Negara Fasa ke-14..
    tapi, masih ada lagi ruang untuk tegakkan hukum Islam di Malaysia.
    Kita terlalu terikut2 kata ahli politik..
    Jangan kita lupa, dulu negara ini menggunakan undang2 Islam. Jadi, dari segi sejarah kita mempunyai kelayakkan untuk mengunakan hukum Islam sebagai teras perlembagaan…

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  September 8, 2008 at 11:09 pm

    Saya sangat gembira ada orang seperti muhammadridwanto masih mampu melihat ruang yang terbuka untuk diisi. Senario politik negara sangat membimbangkan sehinggakan kacau-bilau pemikiran kita. Yang penting kita perlu bersatu, menuding jari tidak menyelesaikan masalah.

    “Islam ada cara dan Islamlah caranya.”

    Reply
  • 3. aimanMH  |  September 9, 2008 at 1:12 am

    ek eleh….sebenarnya bukan ape…pemimpin kita yg takut sdal hukum hudud ni…ye la…diorg tu klu x mkn riba, rasuah, zina, maksiat…mcm2 lg la…even x semua la mcm tu…diorg takut la klu diorg terkantoi…kan x pasal2 la plak ‘mampus’…huhu….pastu bg la alasan yg hukum hudud ni x releven untuk masyarakat yang berbilang kaum dan agama mcm malaysia ni…”kepala hotak hang”…zaman rasulullah s.a.w dulu pun ade yg bukan islam…tp msh lg boleh diamalkan hukum tu…diorg igt islam ni kejam sgt mcm diorg ke?…hmmm….klu dah kabur dengan dunia mcm tu la jadinya….moga ALLAH tunjukkan kepada kita rupa sebenar pemimpin2 yg x adil ni mendapat balasan di dunia, untuk dijadikan pedoman kepada kita….insyallah…

    Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
    Memakmurkan umat dunia dan akhirat
    Tiada keadilan negara huru-hara
    Pemimpin membela nasib rakyatnya

    Pemimpin yang adil sifatnya amanah
    Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
    Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
    Kepentingan rakyat lebih utama

    Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
    Kasih sayang terserlah di wajahnya
    Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
    Rakyat hormat bukan takut padanya

    Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
    Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
    Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
    Rakyat diseru mentaati Allah

    Terdapat pemimpin di dunia kini
    Seringkali mencetus huru-hara
    Demi melindungi kepentingan dirinya
    Rela membiar rakyatnya derita

    Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
    Melepaskan mereka dari sengsara
    Akhlak yang mulia pakaian dirinya
    Rakyat taat dan sayang padanya

    Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
    Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

    Reply
  • 4. muhammadridwanto  |  September 10, 2008 at 10:03 am

    EMRAN,
    CAKAp SENANG LAH….

    Reply
  • 5. aimanMH  |  September 11, 2008 at 4:04 am

    en.ridwanto,

    kan mengegah kemungkaran tu ade tiga cara:-

    1. dengan tangan (Kekuatan/Kuasa), kalu x mampu
    2. dengan pesanan, nasihatm kata2…kalu x mampu jugak,
    3. cukup la sekadar membenci perbuatan tersebut.

    jelas ye en. wanto, saya x mampu guna kuasa, jd sy guna kata2 melalui pendapat saya, bukan ke itu lagi elok berbanding berdiam diri dan membiarkan agama kita terus dijajah?…itu ke yang en.wanto nak?…dah la, en.wanto pun terer hujahnya mampu membalikkan gunung everest, jadi gunalah kelebihan tu kearah kebaikan, n bagilah semangat kat saudara seislam yang teringin untuk berjuang juga…hahaha…jelas?…

    Reply
  • 6. irhafiz  |  September 11, 2008 at 4:44 am

    [to aiman]

    Kemerosotan kita sekarang bukan sahaja dari pemimpin, ia juga dari kesatuan jamaah muslimin.

    Kita tak ingin untuk menjadikan Malaysia seperti Bosnia, Iraq, dan Palestin. Merana di bumi sendiri.

    Cuba imbau kembali perang Uhud. Kecelaruan dalam mentaati perintah ketua, iaitu Rasulullah. Rasulullah telah mengarahkan supaya pasukan pemanah tetap bertahan di atas bukit Uhud samada menang atau kalah. Walau bagaimanapun, selepas mendapati bibik-bibik kemenagan pihak muslim, ada sebahagian pemanah turun ke bawah bukit. Hal ini memberi peluang kepada tentera bukan Islam menyerang kembali, dan apa yang berlaku, tentera Islam sedikit lemah disebabkan kekurangan pasukan pemanah yang bertahan di atas bukit Uhud. Serangan tersebut telah menyebabkan Rasulullah tercedera.

    Peristiwa di atas menunjukkan akibat dari tiada kesatuan dalam sebuah angkatan. Sehinggakan Rasulullah turut cedera kesan dari perpecahan yang kecil itu.

    Apakah akibatnya jika perpecahan yang lebih besar berlaku. Dan ia sedang melanda Malaysiaku.

    http://irhafiz.wordpress.com/serius/satu-kiblat/

    Reply
  • 7. aimanMH  |  September 12, 2008 at 2:06 am

    irhafiz: saya sokong kenyataan anda…bila agaknya bangsa dan ummah kita nak bersatu ye…masing2 buat hal sendri…bila ade timbul keinginan untuk berubah dan memberi pandangan, mula la ade suara sumbang yg mengatakan…”cakap senang la, cuba buat”…klu gtu la gayanya kesatuan yg kita cari, mmg hampeh la kita nk dpt…huhu….nway…thanks…

    Reply
  • 8. muhammadridwanto  |  September 14, 2008 at 11:48 pm

    en emran mh, mana blog? asyik bagi komen aja….letak lah url blog en emran….

    Reply
  • 9. aimanMH  |  September 17, 2008 at 1:50 am

    sory en. ridwanto, ana blum berkesempatan nk blaja buat blog ni…ckup la sekadar melayari mana2 blog yang dah ade yg berfaedah untuk kita sama2 komen…tak perlu la nk berebut buat blog…nnt sape nk komen kat blog yg dah ade ni….hahahahah

    Reply
  • 10. muhammadridwanto  |  September 17, 2008 at 6:12 am

    tak yah nyer en emran.
    buat aja blog, nak juga komen en emran punya blog….

    Reply
  • 11. Guest  |  September 17, 2008 at 9:54 am

    relaks brothers

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: