Phoenix Bangkit Dari Abu

July 28, 2008 at 2:39 am 6 comments

Hampir Ke Situ

Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat saya Mohd Azril Bin Amil dan pasangannya. Semoga berbahagia dan menjalani kehidupan suami isteri dengan limpah keberkatanNya. Juga kepada sahabat seperjuangan ketika sama-sama di kolej tercinta, Kolej Tuanku Canselor (KTC) yang telah mendirikan rumahtangga. Kepada sahabat yang bertemu jodoh sesama JKM KTC; Muhammad Ridwanto-Maisurah Husain, Syed Mohd Farid Syed Adrus-Mahanorsasa Muntahar, Mohd Adam Zainal-Noralila Ali, Abu Bakar-Che Na. Sahabat JKM lain; Norhaida Abdullah & pasangan, Shahrul Razi & pasangan, Widayanti & pasangan, Fazarina & pasangan. Juga sahabat yang sudi melantik saya jadi pengapit semasa hari bahagia mereka; Mohd Khomeini Abu & pasangan serta Mohd Nafie Maslan & pasangan. Ada yang sudah memiliki anak dan ada yang belum kerana usia perkahwinan yang masih baru. Semoga bahagia dengan kehidupan.

Saya sedar ramai lagi sahabat saya juga hampir ke situ (alam perkahwinan). Saya berdoa agar mereka dikurniakan jodoh yang baik. Amin.  Namun satu perkara yang sukar untuk saya nafikan adalah kerinduan yang membara setiap kali mengenang perjuangan bersama sahabat yang hebat-hebat ini. JKM banyak mengajar saya erti kehidupan. Pengalaman bukanlah guru terbaik tetapi itulah satu-satunya guru yang ada. Berguru dengan pengalaman membuat saya memahami dengan erti kata sebenar ilmu yang disampaikan di kuliyah formal guru-guru saya. Namun apa kan daya sekarang banyak yang telah berubah di bumi KTC.

Harry Porter and The Order of The Phoenix

Filem ini sangat saya gemari kerana ada banyak persamaan dengan situasi saya/KTC sekarang. Dalam filem itu, kesalahan (yang bukan kesalahan) menjadi alasan untuk kementerian campur tangan dalam urusan Wizard School. Pihak kementerian menghantar “kaki” untuk masuk dalam pentadbiran sekolah dan mengenakan tekanan (yang merepek) kepada sekolah. Hari demi hari pelajar makin tertekan dan memaksa mereka menubuhkan Dumbledore’s Army. Harry, Emma, Ron serta kawan-kawannya bersatu untuk menentang ketidakadilan itu. Mereka dianggap mentah dan hingusan tetapi mereka tetap mampu bertahan dan membuktikan mentah bukan halangan. Akhirnya “kaki” tersebut mendapat balasan yang secukupnya.

Demikian yang terjadi kepada sahabat-sahabat saya di KTC, ditindas dan dianiaya. Namun saya tetap yakin, mereka tetap utuh pada perjuangan. Saya yakinkan kepada diri bahawa ini adalah ujian yang akan menapis siapa intan siapa kaca. Hanya jauhari mengenal manikam. Kekecewaan saya tidak berpanjangan kerana ujian Allah memang untuk orang yang terpilih. Syabas kawan-kawan!

Pegang ayat ini kerana ia menjadi janji kepada orang yang meyakini Allah dan agamaNya. Surah At-Taubah ayat 33 yang bermaksud “Dialah yang telah mengutus Rasulnya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang Musyrik tidak menyukainya.”

Teringat sahabat saya yang menjadi orang penting dalam kelab yang juga di KTC. Walaupun pendekatan kelab tersebut riang-ria tetapi dia sentiasa waspada agar dalam keadaan terkawal dan tidak menjadi “kelab dangdut”. Pada mulanya saya tergelak sahaja. Kini itulah yang terjadi kepada JKM yang terkenal dengan kewibawaannya mula dijangkiti wabak “kelab dangdut”. Kuatkan barisan, mantapkan strategi! Jangan sampai ia terjadi.

Akhirul kalam, ujian ada di mana-mana. Yang penting doa dan solat hajat jangan ditinggalkan. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatinya. Walau usaha murni kita dibakar hangus menjadi abu sekalipun jangan sampai semangat/roh/jiwa kita turut dibakar sama. Suatu hari nanti dengan semangat itu kita akan bangkit umpama Phoenix Bangkit Dari Abu. Wallahualam.

Entry filed under: Mata Hati. Tags: .

Tuan KP Tazkirah Isra’ Mikraj

6 Comments Add your own

  • 1. mutiarabernilai  |  July 28, 2008 at 3:57 am

    salam..
    syukran katsiro.
    terima kasih sangat2..
    walaupun melalui maya ,
    tetapi tetap terasa ada yang sedang memberi kekuatan dari jauh..
    terima kasih..
    walaupun kami yang menghadapi , tetap nampak sekian sahabat yang sedia membantu dan menyokong kami dr belakang..

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  July 28, 2008 at 4:56 am

    JENTAYU

    Di paruhmu kemilauan sinar
    Menyepuhi sejuta rasa
    Kemulian di hatimu
    Bening budi terdampar di jagat raya

    Di sayap taufan kau jelajahi
    Awan gemawan membawa rindu
    Kasihmu menentangi kezaliman
    Ketidakadilan

    Jentayu..Patah sayap bertongkat paruh
    Jentayu..Patah paruh bertongkat siku
    Jentayu..Patah siku bertongkat dagu
    Jentayu..Patah dagu bertongkat kuku

    Pinjamkanlah hatimu untuk semua
    Pinjamkanlah syahdumu

    USMAN AWANG

    Reply
  • 3. azim jamil  |  July 28, 2008 at 5:13 am

    terima kasih atas segala galanya

    Reply
  • 4. sunah mohammad  |  August 2, 2008 at 7:19 pm

    salam..syukran jazeelan..
    smoga kt2 yg ternukil mnjadi pembakar semangat, pengorak langkah agar yg diperjuangkan tetap terpelihara…
    doakan iman bersama..insya’ALLAH…

    Reply
  • 5. af_jan  |  August 10, 2008 at 1:52 pm

    Lama dah baca…
    Tapi jadi pembaca senyap je…
    Link x artikel ni kat “kaki” tu?
    Huhu…
    Douzo, douzo.

    Reply
  • 6. jiwa besar  |  August 21, 2008 at 12:52 am

    pengalaman kampus adalah sesuatu yang indah. namun yang lebih penting apa yang dipelajari pada ketika itu.

    “Ilmu yang tidak diguna ibarat pokok yang tidak berbuah”

    nah, sejauh mana telah kita gunakan ilmu itu? kalau di kampus kita seorang yang berani, lantang bersuara, menegakkan ma’ruf, mencegah mungkar. di mana kita sekarang? apa kita buat? di saat barisan pemuda (tak kira la mana2 pemuda) memerlukan tenaga, di mana kita? adakah kita bukan pemuda? atau kita adalah pemuda bertaraf tinggi sehingga tidak layak bersama-sama pemuda lain lantaran ijazahnya kita?

    “wah, it is too much!”

    ooopps, jgn terasa yer… bukan ditujukan kepada anda. saje luahan lantaran terlihat pemuda pemudi lepasan kampus yang hanyut di arus kerjanya… semoga kita semua tak macam tu..

    “erk, sesuai ke masuk dalam comment ni?”
    lantaklah…….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: