Gempa Bumi di Sichuan, China
June 12, 2008 at 3:31 am Leave a comment
Kebanyakan rakyat Malaysia sedang hangat membincangkan tentang isu kenaikan harga petrol dan langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kenaikan bahan api itu. Bagi peminat bola sepak pula setiap babak perlawanan di Euro 2008 diikuti dengan penuh minat. Di tengah-tengah kehangatan kita membincangkan hal-hal tersebut, mari kita alihkan sebentar tumpuan kita terhadap bencana yang dihadapi penduduk China akibat gempa bumi yang melanda negara itu.
Tiba-tiba sahaja nama Sichuan ( tragedi berlaku 12 Mei 2008 ) muncul menjadi tajuk utama berita dunia lantaran gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Richter telah menggegarkan wilayah tersebut. Pusat gempa terletak 80 km di barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan dengan kedalaman 19 km. Gempa bumi itu boleh dirasai sehingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya) yang mengakibatkan bangunan pejabat bergoyang akibat gegaran. Gempa bumi itu turut dapat dirasai di beberapa negara jiran berhampiran.
[Kata Kunci: Sichuan, Gempa bumi, korban, limpahan air tasik, bantuan Malaysia]
Entry filed under: Uncategorized.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed