Istiqamah Itu Hebat

May 23, 2008 at 12:54 am 6 comments

Kita selalu bertanya dalam diri. Apakah kehebatan yang ada pada diri aku? Manusia hebat seperti Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya atau tokoh yang berjaya pada masa sekarang boleh mencipta kejayaan yang menakjubkan. Satu petua mudah untuk menjadi (tetapi perlu ketabahan untuk melakukannya) ialah “ISTIQAMAH”.

Burung hebat kerana boleh terbang. Cheetah terkenal dengan kepantasannya berlari. Pelbagai lagi ciptaan Allah di muka bumi ini dianugerahkan kehebatan yang tersendiri. Namun bagi manusia, secara sederhana kita boleh menjadi hebat dengan beristiqamah. Dengan istiqamah kita jauh lebih bagus daripada memiliki kehebatan terbang atau kepantasan bergerak yang luar biasa.

Contoh pertama solat jemaah. Sehari semalam kita sembahyang lima kali. Langkah pertama cuba berazam istiqamah solat berjemaah satu hari satu kali, mulakan dengan Zohor sebagai contoh. Kemudian tingkatkan kepada 2 waktu, 3, 4 dan lima. Bayangkan jika anda mampu mengekalkannya selama setahun dan berazam hingga ke akhir hayat. Bukankah itu satu pencapaian yang menakjubkan.

Contoh kedua membaca (apa jua bacaan termasuk mengaji Al-Quran). Cuba tetapkan seminggu sebuah buku. Jika berterusan selama setahun anda sudah menghabiskan 52 buah buku. Kalau 5 tahun? Bayangkan pengetahuan yang diperolehi dengan buku sebanyak itu. Tapi awas masalah yang timbul adalah anda akan kekurangan sumber buku di rak anda! Begitu juga dengan mengaji Al-Quran. Cuba tetapkan sebagai permulaan sehelai sehari. Maka saya jangkakan anda akan khatam selepas 10 helai/juzuk x 30 juzuk x 1 helai/hari = 300 hari hari (lebih kurang setahun). Jika ditingkatkan dua helai sehari anda akan berjaya khatam Al-Quran dua kali setahun.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah kita tidak perlu mencipta kejayaan yang luar biasa untuk menjadi hebat (lebih bagus jika anda mampu melakukannya). Secara sederhana kita mempunyai statistik tentang kejayaan peribadi kita. Ingin juga sata tekankan potensi kita yang telah berkembang secara seiring dengan amalan kita yang Istiqamah itu. Di sisi Allah kita lebih tinggi darjatnya. Mungkin juga pada pandangan Allah kita sebenarnya mampu terbang walau tanpa sayap malahan lebih laju dan lebih jauh kita pergi daripada makhluknya yang lain.

Kalau Tinggi Untung Jadi Bintang, Kalau Rendah Masih Jadi Intan

Entry filed under: Pesanan. Tags: .

Epilog Pilu Seorang Penunggang Motosikal Daripada Seorang Pelajar Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi)

6 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  May 24, 2008 at 2:12 am

    salam yahamim,
    terima kasih atas info

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  May 25, 2008 at 11:39 pm

    Agama adalah nasihat dan nasihat perlu diulang-ulang.

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  May 26, 2008 at 12:01 am

    benda baik dikongsi bersama

    Reply
  • 4. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 18, 2008 at 11:42 am

    Kata sahabat sy;

    Tiada manusia yg sempurna…
    Tetapi,
    Dlm mencari kesempurnaan, kita akan mencipta keunggulan~!
    Renung2kan…

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 5. hamimnasoha  |  June 18, 2008 at 11:53 pm

    Manusia memang mudah berubah dan tidak tetap sifatnya. Dalam kuliah seorang ustaz tu istiqamah ada kaitan dengan iman. Hanya iman yang akan melahirkan istiqamah. Teringat kata-kata sahabat sekampung dan seuniversiti, “Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini, yang kekal hanyalah perubahan.”

    Reply
  • 6. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 20, 2008 at 11:24 am

    “Alah bisa, tegal biasa…”

    “Selama hujan akan panas jua…”

    “Selembab-lembab puntung, ditiup menyala juga…”

    ~Wallahualam~

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: