Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

April 28, 2008 at 2:50 am 2 comments

Tahun ini barangkali tahun bertuah saya. Akhirnya saya berjaya juga menjejakkan kaki ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setelah sekian lama penganjurannya. Dalam hal ini     

 saya perlu berterima kasih kepada sahabat saya Ridwanto yang mencadangkan saya ke sana.Juga              kepada  Khairul dan Naiem yang banyak mempengaruhi saya dalam memupuk minat membaca.              

 

Di sinilah medan yang sesuai untuk pembaca bertemu dengan penulis yang diminati ditambah dengan potongan harga hampir setiap buku yang dijual. Dua perkara terlintas di fikiran saya sebaik sahaja menjejakkan kaki di PTWC. Pertama, siapa kata rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Kedua, PWTC ni kecil rupanya. Bukannya apa, jika dilihat orang yang datang, lebih ramai orang daripada buku. Saya terpaksa bersesak-sesak (macam dalam LRT) untuk melihat buku.

 

Di sini saya sertakan gambar-gambar menarik sepanjang saya di sana. Terima kasih kepada Munir yang membawa saya ke sana dan memberi maklumat penulis yang hadir. Antara personaliti yang saya terjumpa adalah Sayed Munawar, pengacara Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM. Ikutkan hati nak juga bertemu Kevin Zahari dan beraerobik bersamanya, tetapi perut lapar sangat tak larat rasanya nak beraerobik.

 

Paling istimewa adalah dapat bertemu penulis novel yang tengah mencanak naik namanya, Faisal Tehrani. Yang pasti, ramai teman yang cemburu dengan peluang yang saya dapat ini. Bersalam, bergambar, mendapat autograf dan berbual dengan penulis terkenal. Wow, seronoknya. Sempat lagi dia memuji nama saya, sedap katanya. Bagi yang mengikuti novel beliau nama Nuh Ha Mim sering muncul dalan novelnya. Bertuahnya badan dapat perhatian sebegitu rupa.

Koleksi Karya Terbaru Beliau Yang Berada Dalam Simpanan Saya

Moga Satu Hari Saya Mampu Mengikut Jejaknya

Autograph Beliau “Moga Lurus Selalu”

Entry filed under: Hamim Situ Sana Sini. Tags: .

Kami Anak Kandung, UTM Rimbun Bernaung Prihatin Dengan Agama Kita

2 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  May 9, 2008 at 3:30 pm

    tahniah

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  May 12, 2008 at 12:58 am

    Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: