Cerita Seorang Pegawai Baru

March 24, 2008 at 5:18 am Leave a comment

Kira-kira muazin melaungkan azan subuh setiap hari, aku akan terjaga. Bersegera membersihkan diri; bersugi, mandi dan wuduk. Seorang demi seorang rakan serumah terjaga dan melakukan rutin yang sama. Selesai solat, berzikir ringkas dan doa, aku hanya menantikan waktu yang sesuai untuk ke tempat kerja.

Pukul 7 pagi, itulah waktu yang biasa aku melangkah keluar dari rumah dan perlu berjalan kira-kira 10 minit untuk sampai di stesen LRT (Damai). Tren silih berganti, pelbagai jenis manusia dengan pelbagai tempat kerja berasak-asak di dalam tren. Selepas lima stesen (Masjid Jamek) aku turun dan berjalan lagi untuk sampai ke tempat kerja.

Bangunan Dayabumi, bersebelahan dengan pejabat pos besar KL tersergam antara sekian banyak bangunan di KL ini. Aku naik ke tingkat 29 dan “punch” kad kedatangan. Duduk di pejabat sehari suntuk sehinggalah jam 5.15 petang. Pengalaman yang lebih sama dilalui  dengan perjalanan datang ke pejabat pagi tadi. Bezanya cuma ditambah dengan badan yang letih lesu dan sedikit berbau.

Begitulah kehidupan seorang pegawai baru yang baru mengenal erti pekerjaan dan riang-ria KL selama tiga minggu ini. Untuk tahun-tahun berikutnya aku pun tak tahu ia akan berubah atau pengalaman yang sama diulang lagi dan lagi.  

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Belasungkawa (Datuk Ishak Baharom) Lindungi Harta Intelek Kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: