19 Mei 2001-2 Jan 2008 (Perjalanan Masih Jauh)

January 6, 2008 at 4:03 am Leave a comment

Tidak pernah pun aku terduga masa selama enam tahun setengah ini bagai sekelip mata berlalu. Umpamanya belum puas aku bernafas, belum cukup nikmat ini aku jamah ia sudah berakhir. Sesungguhnya itulah nikmat apabila dikelilingi susana ilmu dan mereka yang hebat daya kepimpinannya. UTM atau secara khususnya Kolej Tuanku Canselor banyak mengajar erti pendidikan, kepimpinan, kedewasaan, akrab persahabatan, ukhwah dan pelbagai lagi nilai baik.

Terhutang budi dengan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor yang telah menjadi sekolah hidup terbaik, bila terpaksa berpisah “kesakitan” terpaksa ditanggung. Juga Leadeck (Leadership Development Committee of Kolej Tuanku Canselor) yang menjadi medan kemuncak perjuangan kepimpinan selama aku berada di KTC. Terima kasih semua.

Namun aku selalu berdoa agar “kesakitan” dan kerinduan ini tidak hilang. Malah sentiasa membara untuk aku terus berbakti dan berkhidmat walau pun dari jauh. Untuk adik-adik yang terpaksa aku tinggalkan sebelum sempat matang dan masak ilmu yang dicurah, jangan jemu belajar dan bertanya. Muka mata hati seluas-luasnya, nescaya anda akan melihat ramai orang yang menyokong perjuangan anda baik dengan usaha secara fizikal, nasihat dan juga doa.

Akhir kata moga ukhwah yang terbina tidak berakhir di sini dan ilmu serta pengalaman yang ditimba dimanfaatkan selayaknya kini dan selamanya. Wallahualam

Entry filed under: Coretan Dari Hati. Tags: .

Musafir 7 Hari SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: