Selamat Tahun Baru

December 4, 2007 at 2:34 pm 4 comments

Mungkin agak tercepat ucapan Selamat Tahun Baru ini. Atau mungkin juga masanya sangat sesuai untuk kita merangka perancangan kita untuk pada masa akan datang.

Jikalau anda membaca nukilan saya yang lepas-lepas, ada saya nyatakan yang ada mengajar tuisyen. Baru-baru ini pusat tuisyen tempat saya bekerja ada mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR yang belajar di sana. Rata-rata saya melihat ibu bapa sangat gembira dan terharu dengan kejayaan anak-anak mereka dalam UPSR. Mereka sangat berterima kasih dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Tujuan saya bukan untuk melebih-lebihkan mana-mana pihak, apatah lagi membanding guru di sekolah dan guru di tuisyen. Kalau ditanya saya siapakah guru terbaik,  tanpa ragu dan berfikir panjang saya katakan guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru SMK TUN ISMAIL, Parit Raja. Saya mendapat pendidikan menengah dan rendah bukanlah pada era di mana mendaftar di pusat tuisyen satu amalan wajib dan kemestian. Waktu itu kelas tuisyen kami dinamakan kelas hikmah atau tuisyen kampung. Guru-guru dibayar dengan bayaran yang tak semewah guru tuisyen sekarang. Tetapi yang mahalnya adalah keikhlasan mereka mengajar.

Kesimpulannya, bukan azam baru yang saya nak perkatakan tetapi cuba kita muhasabah kembali siapakah insan-insan yang selama ini telah mendukung azam kita. Ibu bapa, keluarga, guru-guru sekolah, pensyarah matriks and IPT, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Ambil masa kenang kembali siapa yang pernah berjasa dan laburkanlah sedikit masa/tenaga/wang untuk menghargai mereka.

Saya percaya, dari situ akan timbul semangat yang berkobar-kobar untuk lebih menghargai azam anda yang lalu juga masa akan datang.

Wallahualam   

Entry filed under: Pesanan. Tags: .

Surah Al-‘Asr Musafir 7 Hari

4 Comments Add your own

  • 1. wan  |  December 5, 2007 at 2:13 pm

    wah2, cepatnya entry tahun baru….
    macam mana bentang kertas kerja di Melaka?
    Mesti ada banyak yang boleh ko cerita dalam blog ko ni kan…
    Tulis lah….mungkin ada sesuatu yang menarik boleh aku tahu…

    Reply
  • 2. SaLiMah  |  January 24, 2008 at 11:03 am

    yerp..saya akan sentiasa ingat jasa cikgu mencurahkan ilmu kat saye time saye nk spm dulu..hehe..ingat lg tak..saye nih bkas student cikgula..tusyen kat utm..ok..hope u will have a succes life and may allah bless u!!

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  January 30, 2008 at 3:44 am

    Terkejut campur terharu bila Salimah hantar komen. Macam mana boleh masuk blog cikgu? Sekarang buat apa? Sambung belajar lagi…sampai peringkat mana?

    Reply
  • 4. saLiMah  |  February 3, 2008 at 7:46 am

    Hihi..sorila buat cikgu terkejut..hmm..saye dapat tahu pasal blog cikgu ni kat dlm stu buku tu..buku klik..x silap sayela..skang nih saye kat matrix johor,amik sc fizikal..bulan 4 nih abesla..pray for me ya!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: