Cuba Periksa Bahasa Kita.

November 20, 2007 at 3:50 am 1 comment

Pandangan ini saya lontarkan buat renungan kita semua. Ia datang dari lubuk hati yang dalam. Saya adalah antara orang yang paling risau dengan masa depan Bahasa Melayu. Ada beberapa hujah yang ingin saya kemukakan. Bagus juga kalau ada yang boleh memberi pandangan.

1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.

Dalam perhimpunan Agong UMNO ada perwakilan yang membangkitkan agar Bahasa Melayu digunakan semula menggantikan istilah Bahasa Malaysia yang digunakan sekarang. Saya sangat setuju kerana dalam perlembagaan sendiri dinyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Jangan kerana tunduk dengan desakan beberapa pihak kita terus akur. Mungkin juga ini satu muslihat untuk memudarkan kedaulatan Bahasa Melayu. Dalam majlis rasmi contoh, bahasa lain boleh digunakan kerana Bahasa Malaysia bukanlah bahasa kebangsaan kita. Akhirnya apa jadi dengan Bahasa Melayu. Lagi pula bahasa itu memang dituturkan asalnya oleh bangsa Melayu. tidak kira berapa ramai bangsa yang menuturkannya di dunia ini, ia tetap Bahasa Melayu.

2. Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Perkara ini dibangkitkan juga dalam Perhimpunan Agong UMNO. Perwakilan tersebut mengusulkan Bahasa Melayu dijadikan semula sebagai bahasa pengantar mata pelajaran tersebut. Walaupun saya bukan seorang guru tetapi saya terlibat juga dalam proses pendidikan anak-anak ini. Saya mengajar mata pelajaran Matematik di salah sebuah pusat tuisyen di JB. Persoalan utama ialah bilakah kita hendak mencapai tahap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita semua sedar dua mata pelajaran sangat penting untuk maju. Sewajarnyalah kita menggunakan sebaik-baiknya peluang ini menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melalui pengamatan saya, murid-murid masih lemah kaedah menyelesaikan masalah matematik dan sains. Mereka boleh membaca dengan baik dan faham (Bahasa Melayu) tetapi mereka lemah dalam menyelesaikannya. Ditambah lagi dengan soalan dalam Bahasa Inggeris, masalah datang kepada mereka dua kali ganda. Memahami perkataan Bahasa Inggeris satu masalah, menyelesaikannya satu lagi masalah. Itu adalah antara sebab murid-murid di luar bandar merosot pencapaiannya.

3 . Putihkah bahasa kita?

Cuba kita muhasabah percakapan kita sehari-hari. Bolehkah kita bercakap Bahasa Melayu dengan betul; tatabahasa dan maksud. Mungkin juga bercampur-campur dengan Bahasa Inggeris secara tak keruan. Apa akhirnya kita? Cakap Bahasa Melayu pelat, cakap Bahasa Inggeris tergagap-gagap. Jarang pula saya jumpa orang tersasul cakap Bahasa Arab. Walhal sejak kecil kita sudah mengaji muqaddam dan Al-Quran. Siap bangga lagi darjah satu dah khatam beberapa kali. Sekadar berkongsi pengalaman, saya pernah menjadi ajk satu kem kepimpinan dan mengendalikan satu modul pengucapan awam. Semua peserta wajib bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya. Alhamdulillah walaupun kem itu sudah lebih setahun berlalu, mereka masih mengingatinya. Peserta kem tersebut sangat berhati-hati apabila bercakap dengan saya dan cepat-cepat membetulkan cakap mereka jika tersasul (kadang-kadang saya sendiri tak perasan mereka tersilap cakap).

Akhir kalam,

Tegak tiang kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak budi runtuhlah bangsa.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Gemuruh Surah Al-‘Asr

1 Comment Add your own

  • 1. UmaRaBDuLaZiZ  |  April 9, 2008 at 9:26 am

    Segala Dosa kejahatan kita akan di ampunkan oleh Allah S.W.T KECUALI dosa menganiayai dan menjatuhkan maruah seseOrang itu di depan khalayak ramai dengan sengaja…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2007
M T W T F S S
« Aug   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: