Duo
Kata orang dua lebih baik daripada satu. Niat sebenarnya tidak mahu membazirkan ruang yang ada dan yang penting boleh memberi kesan berganda. Masukan baru ini saya gabungkan dua hasil nukilan, satu nukilan saya sendiri dan satu lagi sebuah lirik lagu. Sama-sama kita hayati…
Kau Gagah Tak Pernah Tewas (Balada Mat Motor Sejati)
Kau gagah,
Demi jihad seorang hamba, Mencurah bakti kepada negara.
Tak pernah tewas,
Walau diduga, Hebat diuji iman dan takwa.
Kau gagah,
Membelah kota, Para pesaing bukannya apa.
Tak pernah tewas,
Kala dicabar, Asal imej tidak tercalar.
Kau gagah,
Berbakti tanpa iri, Selagi denyut tidak terhenti.
Tak pernah tewas,
Walau keringat dikerah, Demi tuanmu kau rela tabah.
Motor kesayanganku,
Kau gagah tak pernah tewas!
Salju KasihNya
Ku susuri jalan MU, Walau ranjau berliku.
Tenang saat merindu, Tafakurku di hadapanMU
Deraian airmata gugur dalam sujudku, Betapa agungnya cintaMU
Gelora silam tak bisa tepadam, Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput, Kerana hati ku merantau jauh
Ingin bertemu, DenganMU oh… kasih…
Rindu mencengkam jiwa, Sebak dada tiada tertahan
Hanya padaMU tuhan ku serah diri ini, Pohon cintaMu nan suci hakiki…
3 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed


1.
Hafiz | July 11, 2008 at 7:41 am
Salam…
Sihat Abg Hamim…Ni….rindu kat taufik ke….?Tau la moto abg ngan taufik sama, pastu abg hamim tlng taufik pilihkan moto dia…
Apa2 pun…buat yang terbaik…
2.
hamimnasoha | July 11, 2008 at 8:06 am
Terima kasih sebab melawat blog. Kitorang eksklusif sikit kerana naik motor yang jarang orang ada. Orang lebih gemar RXZ tetapi Gamma (TXR) tetap ada peminatnya. (Buat ombak untuk semua!). Hoyee…!
3.
muhammadridwanto | July 11, 2008 at 10:26 am
hehehehe(Gelak jahat )