Dendang Minyak Dah Naik

Kerajaan berdendang..Harga minyak dunia tak mampu dikekang

Kami semua menanggung beban..Subsidi minyak berkoyan-koyan

Rakyat berdendang..Bukan kami minta ditatang

Pergi kerja dahi berkerut..Isteri di rumah berlapar perut

(Harga barang pun naik)

Pak Menteri berdendang..Sama tanggung susah senang

Kena ubah cara hidup..Jika tidak susah udara nak dihirup

Rakyat berdendang..Janji kerajaan subsidi dipulang

Jika dihitung dan ditimbang..Akhirnya kami jadi berang

(Rakyat juga yang rugi)

 

Menara Daya Bumi

9.15 pagi

4 Comments Add your own

  • 1. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 17, 2008 at 1:21 am

    Kreatif. Baris keempat tu, macam ada pengalaman ya.. rasanya, para orang rumah sekarang, sudah mula berdikit menambah cara untuk membantu keperluan rumahtangga. Direct selling, runcit, menjahit, catering.. Syabas wanita!

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  June 17, 2008 at 3:29 am

    Sebagai seorang pengkarya kita harus bisa melihat dan merasai apa yang orang lain lihat dan rasa. Dari situlah timbul perasaan yang penuh penghayatan dan mampu diluahkan dengan penuh baik. Akhirnya apa yang ingin dilontarkan akan terus sampai kepada pembaca. Wah, macam sasterawan besar gitu!

    Reply
  • 3. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 19, 2008 at 3:18 am

    Ragam orang suka mencuba,
    Silap latahnya usah dicela.
    Jangan mendabik bila dipuja,
    Kalau diejek senyum sahaja.

    Reply
  • 4. 'uyun  |  June 24, 2008 at 7:06 am

    waduh2.. kakakku di sini juga.. ayuh, pulang kok..

    Reply

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed