Pantun Tema

Pilih-pilih tempat mandi,book9.gif

Pertama teluk kedua pantai;

Pilih-pilih tempat menjadi,

Pertama elok kedua pandai.

Kalau tidak menanam keladi,

Biar akar terus terus berubi;

Walau tidak menjadi menteri,

Biar terus menabur budi.

 

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

 

16 Comments Add your own

  • 1. ridwanto utm  |  November 16, 2007 at 8:26 am

    Tahniah atas pembinaan blog…
    masih sepeti dulu. Ingin menjadi diva terulunig dikenali ramai di sanjungi umum…
    Semoga impian saudara Hamim akan menjadi kenyataan satu masa nanti

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  November 16, 2007 at 2:53 pm

    Haha terima kasih. Pastinya ingin menyerlah jauh dari yang biasa

    Reply
  • 3. abusoleh  |  November 20, 2007 at 3:22 am

    tahniah…
    saya tahu hamim pasti akan berjaya dalam hidup..amin

    Reply
  • 4. salam  |  March 27, 2008 at 11:22 am

    GOOD LUCK TOO

    from mpp utm member n townplanner student

    Reply
  • 5. hamimnasoha  |  March 28, 2008 at 12:18 am

    Terima kasih kepada salam. selamat berkenalan

    Reply
  • 6. sinarbintang  |  April 26, 2008 at 7:41 am

    Walau tidak menjadi menteri,
    Biar terus menabur bakti,
    Itu satu niat yang murni,
    Smoga tercapai suatu hari nanti.

    smoga success…nice blog

    Reply
  • 7. hamimnasoha  |  April 28, 2008 at 3:06 am

    Hmm…sinarbintang. Tertanya-tanya juga macam mana agaknya rupa dia ni. Bersinar-sinar macam bintang ke? Atau gemar memakai baju yang mengerlip..huhu

    Reply
  • 8. irhafiz  |  June 9, 2008 at 7:47 am

    teruskan puisi selagi berisi, dari duduk menyendiri sunyi sepi, baik ku fikir ku takrif semua sekali, kufaham sepenuh hati…

    Reply
  • 9. 'uyun  |  June 11, 2008 at 7:47 am

    hoho.. mantop

    Reply
  • 10. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 13, 2008 at 12:37 am

    Anak tupai tkde gigi,
    Saje nk ucap ‘Selamat Pagi’.

    Pertama elok kedua pandai,
    Jgn smpi maruah tergadai.

    Biar terus menabur budi,
    Kerna budi dibawa mati.

    Bagai bunga kembang tk jadi,
    Tiada berguna memakan diri.

    Salam dihulur tanda persahabatan,
    Harapnya dpt jadi kenalan.

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 11. aimanMH  |  July 4, 2008 at 6:35 am

    kalaupun jadi menteri jangan la lupa jadi rakyat yang susah ni…org kata kalu kita kat atas susah benar nk pandang bawah…mungkin takut mahkota yang dipakai kat kepala tu jatuh kot…ni la yang berlaku pada menteri2 kita skrg…cakap pandai…bikin pun pandai, bikin punah negara dan rakyat…..sedih betul ngn keadaan politik n ekonomi malaysia ni….moga saudara hamim dapat jadi menteri utk rakyat…vote for hamim…hahahahah….wassalm..

    Reply
  • 12. ahiem_rutO  |  September 13, 2008 at 1:54 am

    best…semua best
    blog nie pun best
    semua best
    best………..
    -wassalam-

    Reply
  • 13. aqad  |  December 26, 2009 at 3:26 am

    Ceritera dua insan…nak naik pelamin..!

    Jati rimba hidup melata
    Tiang istana di tanah Jawa
    Hati gembira dilanda cinta
    Siang dan malam gelora jiwa

    Tari Canggai indah bergaya
    Dihias pasangan, senyuman lawa
    Seri Mahligai bertambah cahaya
    Dihias dengan iman dan taqwa

    Menjelang senja diserang kelkatu
    Menjalar segar dedaunan selasih
    Membilang hari untuk bersatu
    Melayar bahtera di lautan kasih

    Dinihari merenung angkasa
    Tangan berkilau emas baiduri
    Hari ke hari diamuk rasa
    Jangan tenggelam..nanti lemas sendiri

    Reply
  • 14. aqad  |  December 27, 2009 at 7:43 am

    Ya Hamim berjiwa seni empunya blog ni
    Jiwa berseni pecinta alam
    Hebat berkarya itu dan ini
    Lepas kahwin jangan tenggelam…

    Biduk beralu kiambang bertaut
    Bendang tersusun dilimpah cahaya
    Hamba lalu tumpang berpaut
    Menghidang pantun di alam maya

    Reply
  • 15. aqad  |  December 27, 2009 at 7:53 am

    Dedaun berlagu di tengah malam
    Gemersik ditiup sang bayu rimba
    Ku tunggu-tunggu ke mana tenggelam?
    Terusik jiwa maafkan hamba

    Reply
  • 16. lieya  |  July 13, 2012 at 12:36 am

    harap makin maju

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: