Tazkirah Isra’ Mikraj

Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Zain sempena Isra’ Mikraj. Walau ringkas dan pendek dari segi masa kuliah namun padat dengan ilmu yang berguna. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Beberapa perkara yang perlu ditekankan pada ayat ini adalah ia dimulakan dengan perkataan “subhana” yang memberi makna ia adalah peringatan besar yang perlu diberi perhatian oleh manusia. Yang keduanya perjalanan Isra’ Mikraj Rasulullah saw adalah perjalanan roh dan jasad. Umat wajib mengimani perkara tersebut. Yang ketiga disebutkan perkataan “hambaNya” yang membawa maksud sebagai hamba kita wajib patuh dan taat pada suruhan Allah.

Ustaz cuma sempat menyentuh dua peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan Isra’ Mikraj tersebut. Peristiwa pertama, semasa dalam perjalanan tersebut, baginda telah dipanggil oleh wanita tua. Namun panggilan itu tidak dihiraukan oleh baginda. Malaikat Jibril menerangkan bahawa wanita tua itu adalah ibarat dunia yang semakin tua. Falsafah di sebaliknya adalah dalam kehidupan dugaan utama adalah dunia dan dugaan terbesar dalam dunia adalah wanita.

Sempat diselitkan oleh ustaz syaitan yang sangat banyak belitannya demi menipu manusia di dunia ini. Syaitan pernah bertemu dengan Nabi Musa dengan menyerupai seorang wanita. Dia memakai kalung yang besar dan panjang dengan bertatahkan manik yang bergemerlapan. Kalung itu umpama belitan syaitan yang sangat besar dan panjang demi menyesatkan manusia. Perlu diingat manusia paling mudah ditipu apabila kekenyangan sebaliknya paling sukar ditipu apabila dalam keadaan lapar atau berpuasa.

Peristiwa kedua yang diceritakan ustaz berkenaan adalah dalam perjalanan Isra’ Mikraj, baginda dipanggil dari kiri dan kanan tetapi tidak dihiraukan oleh baginda. Suara-suara itu adalah suara Yahudi dan Nasrani. Jika baginda menyahut panggilan itu nescaya umat baginda akan mengikut Yahudi dan Nasrani. Kita sendiri maklum betapa kejinya perangai mereka terutamanya Yahudi sehinggakan mengisytiharkan Jibril adalah musuh mereka. Mereka menuduh Jibril telah tersalah menghantar wahyu nabi terakhir. Menurut mereka wahyu itu sepatutnya disampaikan kepada nabi bani Israel bukan bangsa arab (Nabi Muhammad).

Halaqah 

Suka saya berkongsi ilmu yang diperolehi daripada rancangan Halaqah (TV 9) yang disiarkan minggu lepas dengan tajuk “BURAQ”. Tajuk itu dipilih kerana ia adalah sebagai satu elemen utama dalam persitiwa agung tersebut. Panel terdiri daripada Ustaz Mohd Farid Ravi dan Dr. Danial Zainal Abidin. Berikut adalah isi utama perbincangan:

  • Nabi Muhammad adalah tetamu khas Allah. Maka disediakan satu kenderaan khas untuk naik ke langit sebagai tanda memuliakan baginda. Ia juga sesuai dengan fitrah manusia yang tidak mampu terbang apatah lagi bergerak sepantas cahaya. 
  • Setakat ini, para saintis sepakat bahawa pergerakan terpantas di dunia ini adalah cahaya (3 exp 8 m/s). Sangat mustahil bagi manusia bergerak sepantas itu. Namun secara perbandingan (bagi orang yang sukar untuk mengimani peristiwa tersebut), saintis barat iaitu Dr. Franklin melalui kajiannya menyatakan kenderaan terlaju yang mampu dicipta oleh manusia adalah selaju kilat (kurang sedikt daripada kelajuan cahaya). Maha Besar Allah yang menciptakan seluruh isi alam, mampu melakukannya lama dahulu sebelum manusia mampu memikirkan (apatah lagi membuatnya). Maka teknologi buraq (kilat) bukanlah mustahil.
  • Saintis juga setuju perjalanan di angkasa boleh disingkatkan dengan adanya “wormholes”. Dengan kata lain adalah jalan pintas di angkasa. Perkara ini tidak mustahil bagi Allah yang mengetahui selok-belok angkasa yang diciptaNya.

Kesimpulan

Perkara terbesar yang perlu diingat dalam peristiwa ini tidak lain dan tidak bukan adalah ibadat solat yang menjadi kemuncak perjalanan yang penuh menakjubkan ini. Perintah melakukan ibadat disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Berbeza dengan solat yang disampaikan secara terus daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw. Peliharalah solat kita, mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang mengajak kepada kebaikan dan terhindar daripada melakukan kemungkaran. Waalhualam.  

1 Comment Add your own

  • 1. muhasibiey  |  August 1, 2008 at 3:07 pm

    sahabat..teruskan bkarya..moga ada manfaat dan kebaikan untuk tatapan umum..insyaAllah..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: