Dipanggil Abang Oleh Lelaki Dewasa
October 7, 2009
Petang Selasa, 17 Syawal 1430H saya singgah di sebuah gerai menjual kuih di kawasan pangsapuri tempat saya tinggal. Saya mencari makanan untuk mengalas perut setelah pulang dari kerja. Begini rakaman peristiwa yang berlangsung antara saya dengan penjual kuih tersebut. Beliau adalah seorang lelaki berusia 40-an.
Penjual : Hendak kuih apa bang?
Hamim : Berapa harganya?
Penjual : Tiga biji seringgit bang. Boleh campur-campur.
Saya mengambil tiga biji kuih dan memasukkan ke dalam plastik yang dipegang oleh penjual. Kemudian saya membayar harga kuih tersebut.
Penjual : Terima kasih bang. Saya jual.
Hamim : Saya beli.
Situasi ini biasa sahaja dan sering kita lalui. Tidak ada yang peliknya. Tetapi jika diteliti pada bahasa sosial, ada pincangnya di situ. Saya dipanggil “abang / bang” oleh lelaki dewasa yang berumur 40-an. Bukankah itu janggal? Dalam situasi yang lain, saya pernah dipanggil “adik” oleh peniaga perabot warga Pakistan. Geli geleman dibuatnya.
Fungsi panggilan abang adalah untuk bermesra dan bermanja terutamanya di kalangan ahli keluarga. Sedangkan saya bukan ahli keluarga beliau, apatah lagi untuk dimesrai dan dimanjai. Urusan yang kami lalui adalah urusan rasmi iaitu urusan perniagaan. Maka pelanggan perlu dihormati bukan dimesrai atau dimanjai.
Seelok-eloknya gunalah panggilan encik atau tuan untuk lelaki dan cik atau puan untuk perempuan. Panggilan itu digunakan tanpa mengira umur pelanggan. Itulah yang dikatakan panggilan hormat. Dengan itu barulah kredebiliti penjual tersebut naik walaupun sekadar penjual kuih.
Yahamim: Suka makan kuih.
Entry Filed under: Bahasa Melayu. .
4 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
YaQeen Ahmad | October 7, 2009 at 5:25 am
Assalamualaikum.
Pengamatan yang baik, namun saya kurang bersetuju dengan pendapat En. Hamim.
Sekiranya En. Hamim sendiri mengkategorikan ianya adalah perbualan sosial, maka ia adalah urusan sosial dan bukannya urusan rasmi. Dengan sebab demikian, di tempat kerja kita menggunakan gelaran encik/tuan dan bukan abang/bang atau adik/kakak.
Wallahua’lam.
p/s : Terasa janggal pula hendak beli ikan di pasar dipangil cik/puan. Orang Melayu kaya dengan budi bicara.
2.
hamimnasoha | October 7, 2009 at 7:03 am
Waalaikumussalam,
Terima kasih atas maklum balas. Nampaknya Cik Yaqeen memberi makna yang ringan pada rangkai kata “bahasa sosial” yang saya gunakan.
Bahasa sosial adalah bahasa yang betul dan sepatutnya digunakan dalam penggunaan sosial seperti perniagaan, pendidikan, kekeluargaan dan sebagainya. Ia haruslah tepat dan sesuai dengan masa serta tempatnya.
Ia sama sahaja seperti bahasa Melayu, ada tatabahasa yang perlu dipenuhi. Dalam seharian, jika digunakan dengan tidak tepat kita katakannya sebagai bahasa pasar bukanlah bahasa Melayu.
Mudah-mudahan Cik Yaqeen dan para pembaca jelas dengan maksud saya.
Wallahualam.
3.
wardah_asrar | October 26, 2009 at 3:12 am
salam..
boss saya juga menasihati saya untuk memanggil org yang xdikenali dgn panggilan seperti yang disarankan oleh tn penulis dalam urusan rasmi atau tidak rasmi.
seperti nak bertanyakan jalan, dia menyurah kami memanggil dgn panggilan encik..bos saya seorang ustazah
4.
aimanMH | October 28, 2009 at 11:54 pm
hidup ni mudah, Islam pun mudah….bahasa melayu pun mudah….usah diremehkan kehidupan harian dicampur dgn urusan yg bkn2…bahasa sosial la, ape la….yg penting idup bahagia….aku lebih suka dgn panggilan BRO jek…hahahhaha….sory ye moderator…