En. Fauzi Berada Pada Top 50 Blogger Malaysia!
October 2, 2009
Tahniah diucapkan kepada mantan Ketua Biro IT JKMKTC 2006, En Fauzi Bin Darus kerana berada pada Top 50 blogger Malaysia. Sebagai orang yang pernah bekerja dengan beliau, saya amat berbangga dengan pencapaian beliau.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Amateur Blog Revenue, carta Top 50 bagi bulan Ogos 2007, blog beliau iaitu cypherhackz.net menduduki tangga ke-22. Ini adalah berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Technorati.
Tambah membanggakan, blog beliau turut menduduki tangga ke-67 pada carta Top 100 Malaysians Blog. Carta ini dikeluarkan pada Mei 2009 berdasarkan ranking yang dibuat oleh Alexa dan Technorati.
Menarik tentang blog beliau, ia memaparkan sepenuh isu berkaitan teknologi. Mungkin ini antara sebab blog tersebut mendapat perhatian. Beliau menceburi dunia blogging sejak 2005 lagi selain mempunyai beberapa blog lain dengan topik tersendiri.
Jika hendak dibangdingkan dengan blog Yahamim ini, memang jauh bezanya. Oleh itu saya tumpang “glamour” sahaja dengan kejayaan beliau. Marilah sama-sama kita menjadi peminat kepada blog beliau!
Yahamim: Mengidam untuk turut tersenarai.
Entry Filed under: Berita Mantan JKMKTC. .
1 Comment Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
wardah_asrar | October 26, 2009 at 3:13 am
wah fauzi..xsangka ungguh..tahniah!!