Archive for August, 2009
Setujukah Anda Dengan Penulisan Semula Perintah Berpuasa Ini?
Bulan Ramadhan bakal menjelang. Pada bulan ini seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan. Di sini saya sertakan perintah supaya berpuasa pada bulan Ramadhan. Penulisannya agak berbeza sedikit. Sila nyatakan apa pendapat anda berkenaan cara penulisan saya. Saya warnakan agar mudah dibezakan.
Allah berfirman Tuhan berkata, “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa seperti yang diwajibkan kepada orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Ia dipetik daripada surah al-Baqarah ayat 183.
Rasulullah saw. bersabda Rasulullah berkata, “Islam didirikan atas lima perkara; bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji.” Hadis diriwayatkan direkodkan/dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.
Nota: Nama Allah adalah merujuk kepada Tuhan. Rasulullah (gelaran) dan Muhammad (nama) adalah individu yang sama. Baginda Beliau adalah nabi dan utusan Allah iaitu menyampaikan kebenaran kepada manusia. Kepada orang Islam apabila membaca nama Muhammad atau rasulullah digalakkan berselawat, “Allahuma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa as-habihi ajma’in.” Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat beliau.”
Saya buka kepada perbincangan dengan cara penulisan yang saya buat. Adakah anda setuju atau tidak? Sila beri ulasan anda di ruangan komen di bawah. Mudah-mudahan perbincangan ini mampu mencetuskan kebaikan kepada agama dan kita semua.
Yahamim: Bagus juga kelihatan berbeza.
Hujung Minggu Yang Sibuk
Hujung minggu ini saya bakal sibuk.
Syarikat tempat saya bekerja bakal mengadakan hari keluarga pada 8 – 9 Ogos (Sabtu – Ahad). Kami raikannya di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Sebagai AJK sukaneka, saya bertolak hari Jumaat petang bagi membuat persiapan awal.
Hari Sabtu, 8 Ogos tugas saya sangat genting kerana acara sukaneka yang melibatkan 500 orang peserta perlu dikendalikan. Walaupun pihak penganjur menyediakan pakej sukaneka, kami tetap mengadakan acara tambahan. Sepatutnya pada sebelah malam, ada jamuan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Saya tidak dapat hadir kerana perlu bergegas pulang selepas waktu zohor.
Esoknya, iaitu hari Ahad ada bengkel bersama PTS. Saya baru sahaja diterima sebagai Freelance Editor di PTS. Kursus pertama adalah manual editor dan Bahasa Melayu Tinggi. Sehari suntuk bengkel tersebut.
Hari Isnin, 10 Ogos saya perlu ke satu persidangan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) berkaitan harta intelek.
Yahamim: Sudah biasa dengan jadual yang sibuk.
Sang Pemburu

Aku adalah seorang pemburu,
Sebagai pemburu,
Aku hanya mencintai diriku,
Aku adalah seorang pencinta,
Sebagai pencinta,
Aku hanya merindu padanya,
Aku adalah seorang perindu,
Sebagai perindu,
Aku hanya mengejar buruanku.
Aku adalah sang pemburu…

Recent Comments