Archive for July 24th, 2009

Cikgu Ha Dibidas

Sejak kisah Cikgu Ha dipaparkan di blog ini dan ‘bermesra’ dengan para pembaca, banyak maklum balas yang saya terima. Saya senyum sahaja, gembira ada lucu pun ada.

Ramai yang beranggapan Cikgu Ha adalah saya sendiri tetapi dia adalah sahabat karib saya yang sudah saya anggap seperti diri saya sendiri. Terpulang kepada semua untuk menilai.

Ada kenalan yang menghantar SMS, “Asyik berkawan dengan Cikgu Ha sahaja, kawan lain jangan diabaikan.”

Ada juga yang mengulas, “Cikgu Ha itu gayanya macam gatal-gatal. Dia memang begitukah?”

Saya senyum sahaja.

Ulasan Che Am paling panjang. “Awak terlebih beri tumpuan kepada Cikgu Ha. Dengan rupa yang ada-ada, cantik tidak tetapi manisnya ada dia sengaja mengumpan perhatian. Awak berilah ruang yang sama kepada saya. Saya bakal menyaingi populariti Cikgu Ha. Lelaki budiman sepanjang zaman seperti saya pasti boleh mendapat tempat di hati pembaca blog awak.”

Senyum saya bertambah lebar.

Ini sudah dikira persaingan yang sengit. Awas Cikgu Ha, anda bakal disaingi oleh Che Am. Saya yakin Cikgu Ha mampu bertenang dengan situasi ini.

“Rupa ada-ada” melawan “lelaki budiman sepanjang zaman”, pasti hangat dan meriah blog saya. Selamat berjuang!

Yahamim: Suka juga membidas orang lain. 

1 comment July 24, 2009

Meludah Ke Langit

Suka saya untuk berkongsi peribahasa mengenai “meludah ke langit”. Terdapat dua peribahasa Melayu yang terkandung frasa meludah ke langit.

Pertama, peribahasa  meludah ke langit, muka juga yang basah bermaksud melawan atau membantahi orang yang berkuasa akhirnya diri sendiri juga yang susah.

Kedua, jangan meludah ke langit bermaksud jangan mengeji atau mencela ibu bapa dan saudara mara sendiri.

Kedua-dua peribahasa tersebut mendidik kita cara bertata susila dalam masyarakat. Meludah ke langit memberi gambaran orang yang gemar melawan arus. Dalam konteks kepimpinan, pihak berkuasa perlu dihormati selagi mereka dalam lunas kebenaran. Dalam konteks kekeluargaan, maruah ibu bapa dan saudara mara sangat perlu dijaga. Mengeji mereka sama seperti mengeji diri sendiri.

Peribahasa tersebut sangat selari dengan ajaran Islam yang mengajar supaya hormat serta taat kepada pemimpin dan ibu bapa.

Secara tersirat ia juga menggambarkan orang Melayu berfikir secara saintifik dalam merangka peribahasa. Meludah ke langit bermakna kita melawan arah tarikan graviti. Akibatnya ludah jatuh ke bumi semula (muka sendiri) kerana tarikan graviti tersebut.

Begitulah para pembaca budiman, sejak dahulu Melayu-Islam-sains sangat sinonim. Hubungan tiga penjuru ini terjalin erat dan menjadi hati budi orang Melayu.

Yahamim: Meludah kahak apabila selsema.

Add comment July 24, 2009


 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Meta

Blog Stats

Recent Comments

aimanMH on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
wardah_asrar on En. Fauzi Berada Pada Top 50 B…
wardah_asrar on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
ridwanto on Khabar Daripada Nurazlin
Arifin Putra on Gempa Bumi Sichuan (Fakta…
hamimnasoha on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
YaQeen Ahmad on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
leli_syifa on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…
aimanMH on Setujukah Anda Dengan Penulisa…
hamimnasoha on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…

Top Posts

Top Clicks

KTC

Salam JKM KTC

Twitter Updates

RSS Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim

RSS i . r . h . a . f . i . z

RSS Membina Minda Cemerlang

RSS Menyulam Suara Minda

RSS ** Kerana CINTA …. **

RSS fadhSpeaks