Archive for July 16th, 2009
Cikgu Ha Seperti Hendak Mengajar Semula
Mengulum senyum bergula Cikgu Ha apabila diberitakan PPSMI bakal dimansuhkan. Walaupun menjelang 2012 barulah ia dimansuhkan sepenuhnya, senyum itu tetap sama. Pada mulanya memanglah dia sangsi. Kawan-kawan ramai juga yang nasihat supaya bersyukur dengan keputusan ini. Akhirnya dia redha.
Adapun Cikgu Ha mendapat gelaran cikgu bukan kerana dia bekerja sebagai cikgu. Akan tetapi hanyalah seorang cikgu tuisyen. Dunia tuisyen sudah lama dia tinggalkan, nama Cikgu Ha sahaja kekal digunakan.
Apabila PPSMI dimansuhkan timbul pula niat gatal hendak berbini mengajar lagi. Seronok melihat murid yang diajar faham dan cemerlang dalam peperiksaan katanya. Apatah lagi subjek yang diajarnya dahulu adalah sains dan matematik.
Yahamim: Ada niat hendak belajar semula.
3 comments July 16, 2009
