Archive for July 13th, 2009

Ungkapan “Satu Lagi” Yang Sangat Popular

Saya berpeluang berkenalan dengan ramai pelajar dari negara Arab seperti Sudan, Libya, Iran, Syria dan lain-lain semasa belajar di peringkat sarjana di UTM. Saya dimaklumkan ungkapan “satu lagi” sangat popular  di kalangan mereka.

Apabila siap satu tugasan mereka akan berkata, “Ada satu lagi.” Maksudnya ada lagi tugasan yang perlu disiapkan.

Semasa kuliah apabila pensyarah memberi tugasan mereka akan mencelah “satu lagi” sebagai tanda minta ditambah tugasan.

Menurut seorang rakan, “Ungkapan satu lagi sudah ditambah dalam ‘kamus’ bahasa percakapan pelajar Arab Malaysia.”

Cuba bayangkan jika pengajaran dan pembelajaran di universiti menggunakan bahasa Melayu. Mereka akan berbincang, membuat tugasan dan menjawab soalan periksa menggunakan bahasa Melayu. Jika benar terjadi pasti air mata saya akan bergenang kerana sangat terharu.

Pada saat ini, keadaan tersebut sangat jauh daripada realiti. Mereka lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Alangkah sedih menghabiskan masa lebih kurang dua tahun di Malaysia tetapi tidak banyak  yang dipelajari tentang bahasa Melayu.

Yahamim: Satu lagi entri tentang bahasa Melayu.

1 comment July 13, 2009


 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Meta

Blog Stats

Recent Comments

aimanMH on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
wardah_asrar on En. Fauzi Berada Pada Top 50 B…
wardah_asrar on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
ridwanto on Khabar Daripada Nurazlin
Arifin Putra on Gempa Bumi Sichuan (Fakta…
hamimnasoha on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
YaQeen Ahmad on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
leli_syifa on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…
aimanMH on Setujukah Anda Dengan Penulisa…
hamimnasoha on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…

Top Posts

Top Clicks

KTC

Salam JKM KTC

Twitter Updates

RSS Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim

RSS i . r . h . a . f . i . z

RSS Membina Minda Cemerlang

RSS Menyulam Suara Minda

RSS ** Kerana CINTA …. **

RSS fadhSpeaks