Archive for July 5th, 2009

Sesuaikah Guna Bahasa Celaru?

Ini adalah komen yang saya salin daripada blog Puan Ainon yang bertajuk Amoi Seksi Membeli Novel Cinta Islami. Saya sunting sedikit agar sesuai dengan blog saya.

Nino: Sekadar bertanya dan beri pendapat tentang penggunaan bahasa melayu tinggi, adakah ia tidak mengongkong kreativiti penulis? Bagaimana hendak menggambarkan suatu watak yang ‘celaru’ berbahasa? Contohnya seorang penagih dadah bercakap. Adakah penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) membenarkan penulis mencipta perkataan sendiri? Contoh perkataan ciluk. Mungkin tidak diiktiraf sebgai BMT, tapi ia mempunyai makna tersendiri. Pada saya sesetengah perkataan baru yang menjadi trend orang muda sekarang boleh diiktiraf. Ia turut mengkayakan perbendaharaan kata dalam BM.

Tokey: Sekadar pendapat.

Bahasa celaru hanya difahami oleh generasi yang bercelaru saja. Generasi ini akan pupus ditelan zaman apabila diganti dengan generasi lebih muda.

BMT, bukunya akan menjadi evergreen, sepertilah lagu Melayu Asli, filem hitam-putih lakonan P. Ramlee, Nordin Ahmad dikenang sehingga sekarang oleh generasi lama dan dikagumi dan difahami oleh generasi baru.

Bandingkan cerita Prof. Razak Abdul Razak Mohaideen, Dato’ Yusuf Haslam yang ‘celaru’ bahasanya. Adakah lebih KREATIF daripada cerita filem hitam-putih?

Malangnya generasi kita akan mewariskan cerita “hampas” yang cacamerba bahasanya atas nama kreativiti.

Perkayaan istillah BM bukannya dibuat oleh sesiapa saja ikut suka hati.

Yahamim: Celaru pada tempatnya.

Add comment July 5, 2009


 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Meta

Blog Stats

Recent Comments

aimanMH on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
wardah_asrar on En. Fauzi Berada Pada Top 50 B…
wardah_asrar on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
ridwanto on Khabar Daripada Nurazlin
Arifin Putra on Gempa Bumi Sichuan (Fakta…
hamimnasoha on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
YaQeen Ahmad on Dipanggil Abang Oleh Lelaki…
leli_syifa on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…
aimanMH on Setujukah Anda Dengan Penulisa…
hamimnasoha on Salam Yahamim Dijenamakan Semu…

Top Posts

Top Clicks

KTC

Salam JKM KTC

Twitter Updates

RSS Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim

RSS i . r . h . a . f . i . z

RSS Membina Minda Cemerlang

RSS Menyulam Suara Minda

RSS ** Kerana CINTA …. **

RSS fadhSpeaks