Bahasa Melayu Tinggi

February 14, 2009 at 10:40 am 2 comments

Saya diperkenalkan dengan istilah Bahasa Melayu Tinggi (BMT) semasa mengikuti bengkel penulisan PTS. Secara pelaksanaan, ia bukan baru bagi saya, cuma istilahnya sahaja yang agak baru pada pendengaran saya. Secara rasmi saya mengumumkan blog ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Mengikut pemahaman saya, secara dasarnya Bahasa Melayu Tinggi boleh difahami sebagai berikut:

  • Menggunakan tatabahasa dan struktur Bahasa Melayu yang betul.
  • Menggunakan ayat lengkap. Contoh: Sangat gembira (X). Saya sangat gembira (/)
  • Semua ejaan dieja penuh dan tiada perkataan kontot. Contoh: Saya nak makan (X). Saya hendak makan (/)
  • Menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya iaitu tiada bahasa slanga atau loghat-loghat daerah mahupun bahasa asing.
  • Bahasa yang indah dan baik.
  • Betul tanda bacaaan.

Penguasaan Bahasa Melayu saya bukanlah pada tahap terbaik, justeru ia belum mencapai Bahasa Melayu Tinggi tahap tinggi. Saya mempunyai sebab-sebab tertentu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam blog saya.

Pertama, saya adalah pencinta Bahasa Melayu. Kalaupun penulisan saya tidak membincangkan perkara yang terlalu ilmiah dan penuh falsafah yang berlapis-lapis namun falsafah berbahasa dengan betul sudah saya penuhi.

Kedua, jika blog saya dibaca oleh pelajar sekolah ia tidak akan menyusahkan mereka dan guru Bahasa Melayu mereka. Ini disebabkan tatabahasa yang saya gunakan tidak bertentangan dengan apa yang diajar guru Bahasa Melayu mereka. Secara mudahnya gaya bahasa saya jika digunakan dalam jawapan peperiksaan tidak akan menyumbang kepada pemotongan markah terutamanya penulisan Bahasa Melayu. Jika ada kesilapan dalam blog saya mengaku bertanggungjawab terhadap perkara itu atas dasar manusia biasa.

Ketiga, blog saya akan mampu difahami oleh semua pengguna Bahasa Melayu tanpa sebarang masalah kecuali beberapa istilah dan penggunaan ayat yang mungkin berbeza mengikut negara. Maka pembaca blog di Indonesia, Singapura, Brunei dan Indonesia dan mana-mana pengguna Bahasa Melayu boleh memahami penulisan dalam blog saya. Jika saya menggunakan slanga yang hanya difahami oleh remaja atau orang Malaysia sahaja, saya sudah hilang pembaca dari negara lain (malangnya).

Keempat, Bahasa Melayu Tinggi sangat kukuh strukturnya dan kekal puluhan tahun malah ratusan tahun. Ini disebabkan tatabahasa sangat stabil dan tidak mudah berubah. Kesannya penulisan saya masih mampu difahami walaupun selepas 50 tahun berbanding bahasa slanga yang sangat mudah berubah dan rapuh sifatnya.

Yahamim: Berusaha menggunakan 100% Bahasa Melayu Tinggi dalam blog ini.

About these ads

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Bahasa Arab Tinggi Mengapa Yahudi Bijak?

2 Comments Add your own

  • 1. myrayza  |  September 25, 2010 at 4:34 pm

    Saya nak guna bahasa melayu tertinggi. Adakah tahap bahasa seperti itu wujud saudara?

    Reply
  • 2. Sekilas – Sesejuk Salji Silwan « Leokid's Life  |  November 22, 2010 at 5:13 pm

    [...] saya dengan mereka, membawa saya lebih dekat kepada komuniti yang cukup menekankan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi di dunia siber, yang memotivasikan saya untuk lebih prihatin dan menjaga penulisan saya. [...]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 88,070 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: