Ucapan Bahasa Inggeris
January 22, 2009 at 3:34 am 5 comments
Tahun lepas selama enam bulan saya dan kawan-kawan mengikuti kursus pengukuhan bahasa Inggeris. Hari ini semasa Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah MyIPO, kami diberikan sijil sebagai tanda secara rasmi tamat belajar. Kiranya ala-ala majlis konvokesyenlah.
Tiga orang pelajar telah dipilih untuk memberi ucapan dalam bahasa Inggeris di hadapan semua kakitangan MyIPO. Salah seorang daripadanya adalah saya. Kriteria pemilihan saya tidak tahu; mungkin berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang kelas atau yang cemerlang dalam pengucapan awam. Wallahualam.
Ada beberapa ciri yang ada saya dapati ada pada ketiga-ketiga orang yang terpilih ini.
-
Sudah biasa menjadi pengacara majlis.
-
Mempunyai nada suara yang tenang dan stabil.
-
Boleh mengatasi ketakutan di atas pentas dengan baik.
Saya juga mengesan orang yang selalu menjadi pengacara mempunyai suara yang baik, intonasi yang tenang dan boleh bercakap dalam bahasa yang kemas.
Terfikir-fikir juga, perkara ini disebabkan mereka biasa bercakap di hadapan orang ramai atau terbina setelah sekian lama bercakap di khalayak ramai. Mungkin juga ia datang secara serentak.
Yahamim: Masih menyimpan cita-cita menjadi pengacara TV.
Entry filed under: Santai. Tags: .

1.
muhammadridwanto | January 23, 2009 at 12:44 am
salam jumaat.
semoga kau dapat mengantikan Ally Iskandar
2.
axis706 | January 23, 2009 at 8:11 am
sokong2…
3.
N | February 4, 2009 at 7:47 am
Kamu katakan kamu merupakan 3 yang terpilih dan kamu sememangnya akui kamu memang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas?
4.
asnita | March 31, 2009 at 12:48 pm
ok la tu. leh x bg cnth teks ucpn dlm bi.tima kasih byk…..
5.
farah_ieyda | March 15, 2012 at 4:46 am
boleh tk bg ucapan dlm bhsa inggris..??
thnkss…